Rabu, 11 Disember 2013

Mai sembang bola kedah pulak.. Boring asyik politik jaa...

NIE DIA TAHUN NIE PUNYA PERANCANGAN, AMACAM ADA BOLEH MAKAN KAA?

Mitchell jamin import berkualiti

OLEH: WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR, FOTO : AHMAD ZAKI OSMAN Tarikh: December 7, 2013

PASUKAN Liga Premier Kedah melengkapkan empat kuota import yang telah dibenarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memberi cabaran kepada semua pasukan musim 2014.

Pasukan tersebut sebelum ini dianggap antara skuad yang tidak mendedahkan persiapan mereka dan lebih suka menyepi sehingga menggusarkan penyokong-penyokong mereka memulakan latihan rasmi minggu lalu bersama pengendali baru mereka, David Stuart Mitchell.

Selepas didesak beberapa kelab penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai gabungan kelab penyokong bola sepak Kedah, barulah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mula membuka kisah persiapan mereka sedikit demi sedikit.

Menyerahkan sepenuhnya tugasan melengkapkan semua pemain import di bahu Mitchell, KFA seharusnya tidak berasa selesa kerana pemilihan dibuat tanpa diadakan sebarang perlawanan ujian.

Ditanya berkenaan perkara tersebut, penolong pengurus Kedah, Amirul Nizam Mahdzir berkata, Mitchell bersedia untuk bertanggungjawab sekiranya pemain import yang dibawa masuk gagal mempamerkan aksi yang diharapkan.

"Berkenaan mengapa kita tidak mengadakan perlawanan ujian sebelum ini adalah disebabkan oleh kekangan masa selain Mitchell sendiri menjamin beliau akan memastikan pemain import yang dibawa adalah berkualiti," katanya kepada Sinar Harian.

Paling ketara skuad Hijau Kuning dilihat mengikat dua pertahanan import, Adam Griffiths, 34 tahun yang sebelum ini beraksi bersama Selangor dan Jose Franco Gomez, 25 tahun dari Liga Thailand untuk menguatkan posisi tersebut yang dilihat antara faktor utama gagal bersaing muncul dua pasukan terbaik di dalam saingan liga kedua negara musim ini.

Selain itu, kelibat Andriano Pellegrino dari kelab Central Coast Mariners Academy, Australia yang bakal memasuki umur 30 tahun musim depan dipilih oleh Mitchell untuk menguatkan posisi tengah menggantikan Nelson Sam Martin yang dikhabarkan menyertai bekas jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah bersama pasukan Liga Super, T-Team.

Di bahagian posisi penyerang pula, hijau kuning bakal mempertaruhkan bekas penyerang dari kelab Dempo yang berpangkalan di India iaitu Billy Mehmet, 29.

Secara puratanya, tiga dari empat import tersebut bakal berusia 30 tahun ke atas dan sudah tentunya pengalaman mereka sangat ditagih oleh pemain muda tempatan yang mula membarisi Hijau Kuning musim depan.

Tiada ulasan: