Ahad, 9 Januari 2011

Komplek Stesen Bas Sg Petani... Awat boleh tak siap-siap sampai ke hari nie...?????

Assalamualaikum....

hari nie aku nak komen pasai KOMPLEK STESEN BAS kat Sungai Petani. Bukan apa aku tengok sampai sekarang apa pon tak gerak kat atas tapak tuuu... just sembang kosong sahaja bila di tengoknya....

sebelum tu kita flash back dulu...OK kita balik ke belakang sat... tengok perlancaran gilang gemilang akan projek ini sebelum Pilihanraya 2008 dahulu... Aku tak kesah siapa yg lancarkan tu tapi yang nyata ia sebuah Kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat...
Stesen bas RM120 juta

MAHDZIR Khalid (dua dari kiri) dan Adzmi Din (tiga dari kiri) bersama para pegawainya memerhatikan lakaran gambar kompleks stesen bas, teksi dan pusat perniagaan selepas merasmikan majlis pecah tanah di Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 5 Mac - Bandar Sungai Petani akan mempunyai mercu tanda baru apabila sebuah kompleks di tengah-tengah pusat bandar yang menempatkan stesen bas, teksi dan perniagaan bernilai RM120 juta siap sepenuhnya kira-kira dua tahun lagi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kompleks pengangkutan serba lengkap berkeluasan 3.18 hektar tersebut akan dibina di tapak stesen bas sedia ada di Jalan Petri.

Katanya, projek tersebut dibina oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan usaha sama SPK Maju (M) Sdn. Bhd.

''Projek ini sebenarnya dirancang sejak 1993. Atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan ia terpaksa ditangguh....[Lagi..]

Isu ini rasanya aku nak tanya kepada YDP MPSPK sebab dia bos besaq yang handle projek nie... apa sudah jadi nie bos... takan tak ada mesyuarat kot pasai projek nie... takan boleh pandang sebelah mata akan projek nie... atau hangpa dah ada main pintu belakang.... atau hangpa sekadar lancarkan projek wayang gambaq sahaja untuk gula-gula rakyat semasa Pilihanraya ke 12 dahulu....

Dengaq kata sampai sekarang tak ada pun perbincangan dilakukan berkenaan projek ini.... takan nak peram jadi pekasam kot... atau ada unsur-unsur nak sabotaj kerajaan negeri kedah yang ada sekarang nie.... sebab sebelum ini sudah ada suara-suara yang cuba menyalahkan kerajaan azizan seperti mana satu artikal di berita harian ini... Pertukaran kerajaan bantutkan projek Stesen Bas Sungai Petani...

Pada aku tak kesah siapa yang perintah... urus tadbir pentadbiran akan berjalan seperti biasa dan benda yang baik macam nie takan kerajaan Azizan bengong kot nak batalkan macam tu sahaja.... jadi teruskan sajalah projek nie.... masalah sekarang tak nak buat sahaja... dan punca tak nak buat nie yg kita kena siasat pasai paa.... dan dengaq kata dari orang-orang kot MPSPK tuuu bahawa projek nie dah sangkut sebab ada orang main bawah meja ada hun-hun ada inci-inci.... dan bila nak suruh buat duit tak turun mai.. itu masalahnya...

dan dengaq kata lagi proposal baru telah ada dan dah ada 14 Syarikat lain yg sanggup nak buat projek tu tanpa perlu tunggu duit turun mai... depa nak buat sendiri dengan modai depa dan siap nak bagi pulangan semula kat MPSPK hasil dari tebus sewa KOMPLEK itu nanti.... Aku rasa bab nie rakyat tak mau dengaq... yang kami tau KOMPLEK STESEN BAS tu siap untuk kemudahan rakyat....

Sekaarang nie bola ada di kaki YDP MPSPK jadi aku salahkan dia sebab tak teruskan projek nie... bukan salah Kerajaan Azizan seperti kata penulis kat berita harian tuuu... jadi aku harap Kerajaan Negeri kena ambik tindakan supaya projek ini berjalan semula.... kalau YDP nie ketegaq buih tak mau jalan juga kasi 'kad merah' terus tak ada dah 'kad kuning' sebab dah delay 3 tahun dah nie.... suruh dia jawab pasai paa projek nie dok tangguh sampai la nie...

Akhir kalam aku harap projek nie berjalan semula untuk kesenangan rakyat semua...

Wassalam...

AnakKedah007
Kedai Nasik Kandaq Nasmir
Bawah Pej UMNO Sg Petani
http://AnakKedah007.blogspot.com

1 ulasan:

Syarikat Kati Tumbang berkata...

Jangan lupa dulu masa BN perintah, depa bina jeti dekat Jambatan Semeling, depa kata nak buat jeti untuk ke Pulau Langkawi. Malah dah masuk tv dalam kempen pilihanraya umum. Depa buat kerja karut... last-last jadi projek perniagaan je. Mana boleh macam tu, lain yang dijanji, lain dibuat.