Isnin, 3 Januari 2011

Sekolah tak habis lagi pon dah start JILAT dah....

inilah dia mahasiswa JILAT... aku kata JILAT sebab apa.. Dulu masa angkat ROSMAH BN hangpa sekoq pon tak membantah.... tapi bila mai lanie hangpa pun mula laa cakap demokrasi laa kukubesi laa tak mau pengaruh politik laaa....

sekolah tak habis lagi pon dah start JILAT dah....


Pelajar Unisel pro-M cadang Khoo ganti Rosmah

Bertindak atas khabar angin, kononnya seorang pemimpin tertinggi PKR akan dilantik sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel)yang baru, lima pelajarnya hari ini meluahkan bantahan mereka kepada menteri besar Selangor berhubung perkara itu.

NONEMereka yang yang diketuai oleh presiden, kumpulan pro-mahasiswa Unisel, Muhammad Nasir Abu Bakar, membuat temujanji bagi menyerahkan memorandum kepada Tan Sri Khalid Ibrahim pada jam 2 petang ini.

Muhammad Nasir berkata pihaknya menolak pelantikan canselor pusat pengajian tinggi itu yang berlatakbelakangkan pengaruh politik sama ada dari BN ataupun Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa memegang prinsip untuk bebas bersuara dan menyatakan pandangan, idealisme dan hak mereka sebagai 'third force' sekumpulan pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) mahukan tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sebagai canselor mengantikan Datin Seri Rosmah Mansor.

NONE"Seluruh mahasiswa Unisel telah bersetuju memilih ahli akademik selaku canselor baru Unisel dan menolak sekeras-kerasnya pelantikan ahli politik dalam melantik canselor baru.

"Antara sebab lain pelantikan beliau (Khoo) adalah kerana disebabkan pengalaman dan pengetahuan beliau yang luas dalam bidang akademik serta sumbangan terhadap pembangunan negara," kata Muhammad Nasir pada sidang media di Shah Alam.

Sebelum ini timbul ura-ura bahawa sama ada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun bekas timbalannya, Syed Husin Ali akan dilantik sebagai canselor baru.

NONEMenurut Muhammad Nasir pihaknya telah mengumpulkan kira-kira 500 tandatangan bagi menyokong perkara itu dan berharap pihak pentadbiran seharusnya berlapang dada dalam menerima kritikan dan pandangan dari mahasiswa khususnya untuk membaiki masalah yang sedia ada.

Pada 20 November lalu, Rosmah mengumumkan pengundurannya bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA dan pengunduran itu diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tiada ulasan: