oleh AnakKedah007
Skandal seks dengan pelacur : Berlusconi disiasat
MILAN 15 Jan. – Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi berhadapan dengan siasatan pelacuran di Milan berhubung penari kelab malam remaja yang menghadiri parti di kediaman persendirian beliau.
Menurut Majistret semalam, mereka menyiasat tuduhan bahawa Berlusconi membayar sejumlah wang untuk mengadakan hubungan seks dengan Karima El Mahroug, 17, yang lebih dikenali sebagai Rubi Rubacuori.
Mendapatkan perkhidmatan seks dengan pelacur di bawah usia 18 tahun adalah satu kesalahan di Itali.
Pendakwaraya itu turut memberitahu mereka juga menyiasat sama ada Berlusconi mencampuri urusan polis ketika mengarahkan Ruby dilepaskan selepas ditahan kerana mencuri. – Reuters
note : Jika kat Malaysia seandainya org yang terlibat itu puak pembangkang ianya akan disiasat dan dilondehkan secukup2nya... namun jika ianya kena atas kepala mereka sendiri ianya sekadar BERSUMPAH DALAM MASJID serta MENAFIKAN SENDIRI MEREKA TERLIBAT... jadi kes pun tutup....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan