Jumaat, 22 Jun 2012

Aduhai 4 tahun perintah takan hangpa tak dapat kenai lagi kaa pegawai yang jadi Musang Bulu Ayam di Kedah nie..

Aduhai salah pegawai la pulak... dah 4 tahun perintah takan hangpa tak dapat kenal pasti pegawai yang jadi Musang Bulu Ayam nie... dok simpan buat apa pegawai macam HARAM JADAH nie... Lanie hangpa senarai mai Pegawai mana yang dok buat kelaku hebiaq nie...

Satu lagi hangpa pon kena la AKTIF sikit sembang bab nie... Mana pie PEMUDA PAS KEDAH, PEMUDA PKR, PEMUDA DAP.. takan hangpa pon sokong kot benda lagho macam nie tumbuh di negeri Kedah nie....
Yang mana dok ada tu pun dah semak kepala dah...

awat hangpa boleh diam diri tak bantah benda nie.... MASA Najib LULUS LESEN JUDI dulu hangpa bukan main DEMONTRASINYA.... benda nie KALAU hangpa pun main PERANANNYA ia iabarat sebagai peringatan KEPADA KERAJAAN NEGERI dan juga PEGAWAI yang duk jadi MUSANG tadi... tentu depa pikaiq 2,3 kali nak sabotaq Kjaan negeri Kedah....

Nie dak semua dah kamcing gigi tak boleh buka mulut aat takut apanya...dah benda tak betoi... BISING laaa....


Isu pusat hiburan: Pegawai khianati Kerajaan Negeri?
ROSLINDA HASHIM
22 Jun 2012
Isu pusat hiburan: Pegawai khianati Kerajaan Negeri?
Sebuah KTV Cafe turut menggunakan iklan minuman keras untuk tarikan pengunjung.
Isu pusat hiburan: Pegawai khianati Kerajaan Negeri?
Iklan minuman keras yang terpampang pada papan iklan sebuah restoran di Jalan Putra.

ALOR SETAR - Apa sudah jadi? Itu soalan yang pasti ditanya oleh sesiapa sahaja yang sensitif dengan kehadiran pusat hiburan baru di negeri ini, termasuk pusat hiburan terbesar di Mergong yang dikatakan akan dibuka hujung bulan ini.

Tambah menarik, pembukaan pusat hiburan itu juga diuar-uarkan akan diserikan dengan peluang kepada pengunjung untuk menari bersama deejay wanita terkenal dari Perancis dikenali DJ Liz Candy.

Itulah perkembangan yang semakin membimbangkan sedang berlaku di Kedah, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) diketuai Pas.

Apakah kerajaan diketuai parti Islam itu yang memberikan lesen untuk pusat hiburan berkenaan beroperasi, terutama yang baru dibuka?

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Alor Setar, Zulkifli Yahya berkata, pertumbuhan pusat hiburan baru di negeri berpunca daripada sikap segelintir pegawai kerajaan yang tidak menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

"Inilah punca yang sebenar, yang menyebabkan imej Kerajaan Kedah keseluruhannya tercalar," katanya ketika ditemui semalam. Zulkifli berkata, sikap pegawai yang berkenaan seolaholah mengkhianati Kerajaan Negeri yang telah  memperjuangkan isu itu sejak sekian lama.

"Dasar Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan pusat hiburan sangat jelas tetapi tidak dihormati. Polisi itu sepatutnya diguna pakai semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi malangnya, tidak.

Daripada tinjauan kita, beberapa pusat hiburan baru di daerah Kota Setar diberi lesen tanpa alasan kukuh," katanya. Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pernah mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri tidak membenarkan pembukaan premis baru untuk pusat judi, arak dan pusat hiburan, namun tiada arahan tutup dikeluarkan kepada premis yang sudah diberi lesen.

Zulkifli berkata, Kerajaan Negeri sudah mengeluarkan pendirian tegas berhubung kebenaran membuka premis pusat hiburan sejak mengambil alih pimpinan namun sebahagian besar premis masih gagal mematuhinya.

"Isu pusat hiburan ini isu lama tetapi masih menimbulkan kemarahan rakyat. Kita kesal kerana pihak berkuasa tidak tegas menanganinya," katanya.

Berkaitan isu kehadiran deejay wanita dari Perancis itu, beliau berkata, ia memang amat dikesali lebih-lebih lagi kerana poster iklan wanita seksi dipamer di merata tempat sekitar bandar raya ini seolaholah Kedah bukan ditadbir oleh  Pas.

"Saya hairan bagaimana iklan seperti itu boleh lulus di Kedah. Sudahlah isu pusat hiburan bertambah gagal diselesaikan, selain isu penguatkuasaan lemah dibangkitkan, kini iklan yang menjolok mata pula wujud," katanya.

Zulkifli berkata, kegagalan penguatkuasaan menyebabkan ada premis hiburan yang beroperasi pada malam Jumaat dan melewati jam 1 pagi.

"Turut dikesan iklan arak terpampang di beberapa premis, malah ada dakwaan wujud pusat hiburan yang menyediakan tarian mengghairahkan dengan penampilan wanita seksi.

Saya bimbang anak muda Melayu terpengaruh dengan iklan sebegitu," katanya. Sehubungan itu, Zulkifli meminta semua pihak terutama anggota Exco yang bertanggungjawab supaya bertindak tegas menangani "Saya dedahkan  perkara ini untuk kebaikan semua pihak dan tidak berniat mahu mengehadkan aktiviti bukan Islam.

Sebelum perkara ini menjadi lebih serius dan menjadi mainan politik, adalah lebih baik saya bangkitkan isu ini untuk membuka mata semua pihak terlibat," katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak buat macam mana kalau dah orang tu gatai nak bela juga pegawai2 pro UMNO. Bukan tak tegur, tapi dia ingat dia pandai nak buat macam mana.

Tanpa Nama berkata...

kepala otak para pegawai tu peningalan umno bn dah karat dek benda haram tukar kebahagian lain senang je.

perhimpunanHitam berkata...

pemuda pas kedah asyik duduk bergotel, mana perasan kelambu penuh dengan musuh

Tanpa Nama berkata...

Mai chek masuk balik ke negeri...PTD Kedah pro-TGNAa