Isnin, 29 September 2014

Faktor sebenarnya PAS kalah di Pengkalan Kubor dari persepsi anak muda dan musuh

http://3.bp.blogspot.com/-DDu5basOkWE/VA_oe202MoI/AAAAAAAADx0/RGxNVOql20U/s1600/prk-pengkalan-kubor-kubur-calon-bn-pkr-pas.png

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar selepas Mat Razi Mat Ail mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti 2,635 undi.

Mat Razi memperoleh 9,961 undi di hadapan Wan Rosdi yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya memperoleh 38 undi.

Kami yakin ramai penyokong PAS tengah kepeningan mencsti apa punca sebenar calon PAS boleh kalah di PRK Pengkalan Kubur. Kalah tu pulak bukan sikit tapi majoriti kalah jauh lebih besar berbanding PRU13 lepas.

Malaysiakini dalam berita bertajuk

"PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah" melaporkan:

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

Malaysiakini juga melaporkan:

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malaysiakini juga melaporkan:

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.

PAS melihat pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor agak positif memandangkan sebahagian besar daripada kira-kira 1,700 pengundi yang berada di luar, pulang membuang undi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pengundi luar kebanyakan golongan muda pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kita memanjatkan rasa syukur kerana mereka pulang biar pun hari mengundi diadakan ada hari bekerja. Takkan Timbalan Menteri Besar Kelantan tipu kut. Hahaha.

Malaysiakini juga melaporkan:

Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

Bab pengundi muda ni majoritinya mungkin mereka meluat dengan PAS dan PR. Anak muda yang majoritinya ada akses internet tentu ada persepsi yang kurang elok tentang PAS dan PR hasil aksi mengarut PAS dan PR isu krisis MB Selangor.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/03/Kelantan-Bn-Pas.jpg

Apa pun pada pandangan kami faktor sebenarnya PAS kalah dari persepsi anak muda dan musuh ialah...

1. Tuduhan Nasuruddin Daud kerajaan Malaysia bayar duit royalti kpd Thailand yg kemudiannya duit itu digunakan utk bunuh org2 Islam Selatan Thai.

2. Doa Nik Aziz yg minta kerat lidah dan buta mata orang yg menyokong BN hingga tak nampak benda lain selain drpd lambang PAS.

Inilah yang membuat pengundi makin bertambah benci pd PAS hingga majoriti BN naik mendadak... Rakyat sudah meluat politik sebegini sebenarnya...

Jadi kpd PAS selepas ini muhasabahlah diri...bawalah politik baru dimana politik kasih sayang dan damai sejajar dengan ajaran ISLAM yang cintakan kasih sayang dan perdamaian....

Tiada ulasan: