Selasa, 30 September 2014

Jika benar CINA tindas bangsa MELAYU..habis hangpa nak buat apa..??


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieU1tewr7ZHuCK9GwJBOwwwDsT-Nkl_rfUnswlIyMsjyFZqkyJ66T3Q51RaJtsE__qCMnUEetoLkg4rSuq7RtMYnq7rKnhIKuQhohIPK2yR0EZiqXW5jJeRluod2w0Pd-iCpWetu3GXBw/s1600/Seow+Poh+Hing+-+HARMONY_MALAYSIA.jpg
Aku sebenarnya makin menyampah dgn mesej2 Whatsapp dan status2 FB y mewar-warkan dakyah ttg 'perancangan' jahat bangsa CIna utk mnguasai Malaysia / menindas Melayu. Pelbagai tohmahan dan cerita2 tnp bukti disebarkan. Utk mereka y termakan / seronok menyebarkan, aku ada beberapa point utk korang fikirkan:

1. DI Malaysia ni, ada CIna merempat, ada Melayu gelandangan, ada India dan bangsa2 lain y jd pengemis. Ujian kemiskinan tak tertakluk kpd mana2 bangsa. Tlg sedar dan buka mata. Ko cuba jmp Cina y berniaga, nkerja hampir 18 jam sehari, dan tny dia, "Apek, lu senyap2 mau jatuhkan Melayu ya? Lu keje siang-malam ni semata-mata nak pastikan wa y Melayu ni susah kan?"

2. Andai benar ada peniaga-peniaga CIna y enggan memberi harga y terbaik utk pelanggan Melayu, atau enggan menggaji org Melayu, salahkah mereka? Apa y kita rungutkan bila selama ini kita mempunyai kuota berlipat ganda drpd mereka utk ke universiti, utk menjawat perkhidmatan awam, membayar harga lebih murah utlk mbeli rumah, dan pelbagai keistimewaan lain? Klu bermain bola, ibaratnya kita bermain dgn 22 pemain di atas padang dan mereka hny mpunyai 5 org pemain. Salahkah mereka utk mbantu bangsa mereka sendiri? Ini adalah 'survival instinct' manusia apabila kelangsungan hidupnya terancam. Klu kita xmahu 'diskriminasi' begini, sanggupkah kita utk melepaskan hak2 istimewa Bumiputera??

3. Klu benar kita tak puas hati mereka menjual rumah dgn hrga mahal kpd kita, kenapa dgn segala layanan istimewa kerajaan, pemaju Bumiputera xmampu bersaing dan menawarkan pakej khas utk Melayu?? Klu benar mereka memberi layanan/tawaran istimewa kpd peniaga2 sebangsa, mengapakah peniaga2 Melayu y berjalan penuh dgn tongkat2 bantuan kerajaan dlm pelbagai bentuk tidak menawarkan deal istimewa utk peniaga sebangsa? Kenapa umat Melayu y hampir sekali ganda jumlah mereka xmampu mewujudkan pesaing2 hebat utk peniaga2 CIna? Juz kerana kita lemah, kita duk merengek, mengamuk, meroyan, xpuas hati org lain kuat. Bangun dan usaha lah agar kau sama2 / lebih kuat.

4. Inikah ajaran Rasulullah y diikut umat Melayu? Rasulullah berhadapan dgn pelbagai musibah drpd saat baginda mbuka mata hinggalah saat baginda mhembuskan nafasnya y terakhir. Dari kwafatan ibu baginda, pemergian Saidatina Khadijah, kewafatan Saidina Abu Talib, ditindas, dicerca, dbaling batu oleh musyrik, ada kita lihat Rasulullah mengadu itu ini, menuduh konspirasi jahat, bersangka buruk kpd smua pihak?? Baginda Rasul teruskan melangkah dgn penuh azam sehingga sanggup berhijrah meninggalkan kampung halaman utk memastikan kejayaan menggapai cita2. Cukupkah usaha kita sebelum kita mengambil jln mudah menuduh diskriminasi org itu ini??

5. Kita xhabis2 menghina mereka sbg pendatang. Butakah kita bhw nenek moyang mereka ini mengikut jejak langkah Rasulullah dgn berhijrah meninggalkan kampung halaman demi mcari rezeki / kehidupan y lbih baik. Bukankah itu juga saranan dlm al-Quran utk kita keluar mcari rezeki di bumi Allah y luas ini? Adakah kita juga ingin menghina Rasulullah sbg 'pendatang' di Yathrib (nama asal Madinah)? Adakah kita ingin mengatakan kpd baginda bhw baginda patut pulang ke Makkah klu xmahu tunduk dgn ketuanan 'Aus dan Khazraj?? Islam xpernah mengajar sikap berpuak2 spt ini. Benar, nenek-moyang mereka berhijrah ke Malaysia. Namun, mereka telah berasimilasi dgn kita dan sama2 mdirikan negara bertuah ini sptmana Muhajirin dan Ansar bersatu membangun dan mpertahankan Madinah. Kita dan mereka sama2 berhak ke atas bumi bertuah ini.

So, please, stop this bullshit about "perancangan Cina menguasai Malaysia", "Boikot barangan Cina". Jika kau rajin berusaha, jaga hubungan dgn Tuhan, Manusia dan Makhluk lain, tak putus asa menadah ilmu, kau akan berjaya xkira samada kau adalah majoriti atau minoriti.

Sentimen perkauman ini adalah senjata y digunapakai pihak2 jahat utk memastikan org2 bodoh terus akur dgn tingkah laku mereka dan terus mengizinkan kepala mereka dipijak sebagai tangga2 utk kaum borjuis kapitalis mengumpul kekayaan.

Sheikh Khuzaifah
Bdr Baru Uda, JB.

2 ulasan:

LydSunshine berkata...

setuju kuasa dua ploh empat. boleh share ke ni.

AnakKedah berkata...

Share aja...