Isnin, 10 November 2014

Cadangan agihan subsidi minyak cetus salah guna MyKad

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgTh2HKql_Wnr33_-cndiSjVeyA64i6lkMeoJOq7ghE6AjlRFnnDNtr3koaJaNX05LKso_IQNOhHuTbbSloj0c0A-FTLDsEHEh80Hb3jF6IaI865i5Najjzrlvidz4uFLH9wgAbvxTra8/s1600/GST-minyak-copy-685x320.jpg
http://cdn.denaihati.com.my/wp-content/uploads/2011/06/mykad.png

Walaupun cetusan idea pemberian subsidi melalui MyKad ini baru diperdebatkan, saya begitu sangsi dengan perlaksanaan idea ini yang menjurus kepada perlaksanaan yang kucar-kacir terutama pengunaan MyKad orang lain.

Rata-rata masyarakat Malaysia belum begitu matang malah agak sensitif penarikan subsidi  yang mengakibatkan mereka menampung kesemua kos bahan api. MyKad individu  berpendapatan rendah akan disalahgunakan oleh rakyat golongan  pendapatan tinggi.

Contoh yang mudah untuk menerangkan fenomena ini ialah antara ayah atau anak yang  berpendapatan yang tinggi mengunakan MyKad ibu atau ayahnya dalam golongan pendapatan rendah.

Bagaimana mekanisma ini menunjukkan keadilan dan kredibiliti kerajaan?

Barangkali ada hujah mengatakan kita perlu beretika.

Persoalannya apakah pencapaian nilai etika masyarakat Malaysia sudah ditahap matang?

Jadi, saya berpendapat kerajaan perlu membuat kajian yang lebih praktikal dan adil dengan melantik pihak yang neutral dan berwibawa secara ilmiah sebelum membuat keputusan yang boleh  merendahkan imej kerajaan.

Melantik beberapa universiti atau kolej di Malaysia untuk membuat penyelidikan secara  neutral boleh memberi input yang baik kepada kerajaan.

Kerajaan tidak boleh bergantung dengan hasil penyelidikan dari agensi-gensi kerajaan kerana  sejak kebelakangan ini kajian tersebut terlalu bias yang rata-rata tidak mewakili inspirasi matlamat Kerajaan Persekutuan.

Diharap kementerian serta agensi kerajaan yang lain lebih peka dengan mencari mekanisme   terbaik untuk mencari keadilan yang tidak banyak  mengunakan penguatkuasaan dari segi bilangan  anggota, masa dan tindakan.

TENGKU MAN
Pandan Indah

Tiada ulasan: