Selasa, 25 November 2014

Ini baru nama kerajaan, Peruntukan DUN diberikan kepada semua ADUN

Yang paling merujakan dalam pembentangan Bujet Selangor oleh Azmin ialah peruntukan untuk adun kerajaan dan pembangkang . Ini menujukkan bahawa Azmin Ali seorang MB yang adil dan profesional dan tidak tahu erti berdendam apabila projek untuk rakyat menerus wakil rakyat juga ditambah sebanyak RM200,000 menjadikan RM700,000 untuk setiap wakil rakyat. Turut sama menerima budi ini ialah wakil rakyat Barisan Nasional yang kesemuanya bernilai RM2.4 juta.

Sikap memandang sama rata dan tanpa mengambil kira sentimen politik demi kemajuan Selangor inilah merupakan sikap yang patut dipuji dan menunjukkan Azmin Ali seorang pemimpin rakyat untuk semua golongan tanpa mempedulikan fahaman politik. Dengan pendekatan yang diambil itu tidak ada sebab untuk parti pembangkang di Selangor tidak menyokong Azmin Ali. Ketua pembangkang di DUN Selangor juga mendapat layanan istimewa apabila diberikan kereta dan elaun RM3,000.

Perbelanjaan bertema, Perbelanjaan Berkualiti, Rakyat Dipeduli, inysa-Allah akan menjadi sebutan dan sekaligus melonjakkan nama Minali sebagai MB Selangor yang disenangi semua rakyat dari semua golongan seterusnya meletakkan beliau sebagai MB yang berdaya maju di negara ini.

Ketua pembangkang S'gor dapat kereta rasmi


Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.

Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN. (more)

S'gor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN


Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.

"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.

"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin. (more)

Tiada ulasan: