Isnin, 7 Disember 2009

Alahai Mahfuz hang nie pon Geng Gila Microfon kaa..???

Aduhhhh... pening kepala aku kekadang tengok kelaku pimpinan PAS... nak kata kaw-kaw satgie pakat terasa pulak...lepas tu mula la pakat kata para blogger nie tak reti nak jaga adab dalam berkarya.. tetapi masalah sekarang nie ada sesetengahnya main cakap tanpa tengok impak yg akan berlaku...

cuba tengok kelaku si mahfuz siang tadi.. apakejadahnya dia pie buka balik buku buah keras kat semua orang sedangkan isu yg dikatakan tu sudah pon di jelaskan dan dah banyak oeang faham dan diam.. last dia plak pie gatai mulut dok mereben bercakap benda macam nie...

dah la oiii penat dah nak bercakap kat pihak awam dengan kelaku hangpa nie... elok nak relax sat otak hangpa pie buka cerita baru pulak... hangpa nie tak reti nak dok diam kaa... pie pakat buat kerja laa penat dok layan isu berulang2 nie...tambah hang mahfuz kawasan nu balik kerap sikit dah banyak orang dok mereben pimpinan kurang kat kawasan...

penat laa tengok perangai hangpa nie.. tak sudah2 suka lepas bom dalam kampung sendiri....macam nie punya kelaku... hangpa kempen seorang2 la masa pilihanraya nanti... baik aku pie joint tabligh lagi baguih....

nie ada satu artikal buat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat semua.....

KEBANYAKAN PEMIMPIN PAS GILA MICROFON REPORTER

Penulis Tamu - kedahlama,

BN dan UMNO tak akan buat sesuatu yang merugikan depa. Sebelum depa keluagkan apa-apa isu atau strategi, depa akan kaji. Depa ada 'think tank'. depa ada pakar saraf. Tapi depa tak tunjuk dah hebahkan sapa jawatankuasa gerak saraf depa. Depa hantag orang-orang depa menyusup masuk dalam kem-kem pembangkang. Strategi depa licik. Depa buat kajian dan buat tindakan secara halus.

Berbeza dengan kita. Dalam setiap pilihanraya, kita syog sangat nak dedahkan dan hebahkan sapa yang jadi AJK Gerak Saraf. Tag Nama terpampang di dada. Kalau boleh nak buat banner besag-besag nak habag kat orang mengatakan kita ni 'Geng Gerak Saraf'...Rasa bangga dan hebat. Kalau diizinkan kita nak habag biag semua orang tau yg kita ni orang penting dan join geng gerak saraf. Kalau boleh jugak kita nak boh Tag Nama biag sama besag dengan badan kita.

Itulah bodohnya kita. Dungunya kita. mangkoknya kita. Lama saja dalam politik, tapi terlalu jauh kebelakang dalam berpolitik. Masih rtak cerdik dan bertindak secara primitif dan kuno. Dunia dah lama berkembang dengan IT. Tapi kebanyakan pemimpin kita masih ramai yang buta IT.

Satu lagi yang jadi senjata makan tuan ialah apabila pantang disua microfon dan ditanya oleh pemberita. Pantang hulog microfon kira nak jawab saja. masa jawab tu bukannya ingat pun bahawa itu satu perangkap yang akan makan diri. Jawab dengan confident, tapi rupa-rupanya makan diri. Banyak kali juga aku tengok Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS dengan rasa bangganya menjawab soalan dari wartawan. Penuh kesungguhan, rupa-rupanya jawapan yang diberi adalah jawapan bodoh yang akhirnya makan dan perangkap diri.

Sama juga dengan YB Mahfuz Omar, seronok sangat nak jawab soalan wartawan. Penuh yakin dan rasa puas bila dapat microfon. Rupa-rupanya semuanya makan diri. Agaknya beberapa pemimpin ni gila microfon nak jadi glamour kot. Maklumla muka boleh masuk TV3 suku, TV9,TV7 dan Astro Awani. Tapi tulah perangkap yang sebenagnya dipasang oleh UMNO dan BN.

Tapi apakan daya kerana kebanyakan pemimpin kita ni gila nak bercakap dan pantang dapat microfon dan nak jadi glamour. Maka lama kelamaan jadilah pemimpin-pemimpin ni bahan ujikaji oleh UMNO dan bahan eksperimen untruk jatuhkan pembangkang. Selagi perangani dan gila microfon tak berubah di kalangan pemimpin PAS, maka selagi itulah BN dan UMNO akan terus tersenyum dan berjalan dengan gagah untuk tumbangkan PAKATAN RAKYAT.

Hampa tunggui tengoklah cakap aku ni.....................

Tiada ulasan: