Rabu, 9 Disember 2009

Politik KERAT Vs PUNGKOQ kat Penang

Hari nie aku nak ulas pasai Ketua pembangkang Pulau Pinang.. Bukan apa aku tengok mamat nie macam syok sendiri dan masih dok nak tegak benang basah pasai isu 'KERAT' & 'PUNGKOQ' dia tempohari....

aku nak Ulas pasai yg dia dok canang ayat "Dua Tiga Kerat Melayu" tuuu.. macam dia bunyinya.. kata speaker tak paham bahasa melayu laa... tak paham undang-undang laa...bla bla bla...

Lanie aku nak hangpa tengok betoi youtube nie lepas tu hangpa pikiaq tengok apa aku ulas nie selari dak dengan apa yg dok hingaq nie...

OK TENGOK DULU..PAHAM...

OK dah tengok dah...lanie dia start pada minit 0.21saat.. tengok ayat mula2 dikeluarkan "Cuma Melayu Dua Tiga Kerat Nie [sambil tangan menunjukkan kearah YB Melayu dalam Pakatan Rakyat]..."

Maka bangun timbalan ketua menteri suruh beliau tarik balik ayat "MELAYU DUA TIGA KERAT" tersebut.... tapi dengan bongkak dia kata "TAK PAYAH TARIK LAA DUDUK LAA".... pastu bangun seorang lagi YB Pakatan Rakyat dengan kemukakan undang-undang dewan seksyen 46-13 dalam bhgn menyakitkan hati...... tapi beliau masih dengan keputusan tak mahu tarik balik ayat "MELAYU DUA TIGA KERAT" tersebut....

Pada minit 1.38 beliau berkata sebegitu pasai pa dia tak mau tarik ayat tadi dengan mengandaikan apa yg dia kata tu spt nie..."UMNO Jaga Orang Melayu Yang Depa Tak Jaga" dan dengan tegas dok tanya nak tarik apa....benda nie lah yg dibisingkan dalam dewan sampai beliau kena gantung dan keluaq isu pungkoq...

cuba hangpa pikiaq elok2 yg dibisingkan sekarang ayat "MELAYU DUA TIGA KERAT" dimana speaker suruh tarik ayat nie dimana pada pandangan speker tak sesuai diguna dalam dewan... dan cuba tengok ayat kedua "UMNO jaga Orang Melayu Yang Depa Tak Jaga"... Pada aku benda nie mudah saja... dia tarik balik ayat pertama tetapi dalam masa yg sama nak pertahankan hujah dia guna ayat yang kedua habis cerita....tetapi beliau engkar arahan speker suruh tarik balik... lanie dah masuk bab melanggar arahan speaker..itu pasal kena gantung tuuu..

tetapi jika beliau seorang ketua pembangkang yg bijak...sudah tentu beliau akan tarik balik ayat "MELAYU DUA TIGA KERAT" tuuu dan dalam masa yg sama beliau masih dapat stand dengan ayat kedua "UMNO jaga melayu yang depa tak jaga"...jadi disini maksud beliau untuk berhujah dalam dewan telah kesampaian dan dalam itu situasi semua YB dewan keluaq dewan tak akan wujud... atau hangpa nie memang dah dok pakat cari sebab nak monteng dewan jaa... duduk dalam dewan tuuu..berbahas dan berhujah dengan Kerajaan Negeri...jadi wakil rakyat yg betul2 wakilkan rakyat.. nie jika mai dewan dok bahas benda cacing nie... bila nak seattle....

Entah laa jka macam nie punya stail berpolitik kat Malaysia sampai bila politik kita nak maju pon tak tahu...

Tetapi inilah dinamakan ego tak bertempat..masih dok ingat depa hebat dan dok ingat dewan depa yg punya..macam nie la spt kes kota siputeh ingat depa boleh buat sesuka hati depa macam depa berkuasa dulu....

-SINAR HARIAN

GEORGETOWN - Tindakan Timbalan Speaker, Tan Hock Leong menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim hanya kerana mengeluarkan perkataan “dua tiga kerat” menjadi bahan ketawa orang ramai sekarang ini.

Azhar berkata, orang ramai kini sudah dapat melihat sendiri keupayaan Hock Leong menguasai Bahasa Melayu serta kewibawaannya untuk berlaku adil ketika mengendalikan urusan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

“Sesiapa sahaja yang memahami Bahasa Melayu boleh memberi tafsiran mengenai makna ungkapan itu. Ia sama sekali tidak membawa makna yang lucah seperti yang ditafsirkan oleh Timbalan Speaker.

“Apa yang menyakitkan hati dengan ungkapan itu. Itulah masalahnya kalau seseorang itu tidak faham dan cuba membuat tafsiran sendiri,” katanya sambil berharap kejadian seperti itu berulang lagi kerana secara langsung ia menjatuhkan maruah DUN itu sendiri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan yang mempersoalkan motif sebenar penggantungannya daripada menghadiri persidangan DUN.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mamat ni memang samseng, aku tau dia adun kawasan aku, penaga.... patut kahak jer kat muka tu ... menyampah aku