Ahad, 27 Disember 2009

Sani Express : Anak Emas Kerajaan Malaysia Sebab Itu Tak Kena Gantung

oleh AnakKedah


Keadaan sebuah bas ekspress dua tingkat yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kilometer 272.8 lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara pada jam 2.30 pagi,semalam. - Gambar:Mohd Najib Mohd Nor

Apasal Tak gantung Sahaja syarikat nie... Adakah ianya adalah undang-undang terpilih telah dilakukan... dahulu semasa berlaku kejadian seperti ini telah dikuat kuasakan bahawa setiap kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa, syarikat yang terbabit akan di gantung.. TETAPI mengapakah yg ini tak kena... dan banyak pulak alasan yg diberikan...

Tiada cadangan gantung Sani Express

JOHOR BAHARU 26 Dis. - Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tiada cadangan setakat ini untuk menggantung sementara waktu perkhidmatan bas Sani Express yang terlibat di dalam kemalangan maut berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan awal pagi tadi yang mengorbankan 10 orang.

Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli berkata, syarikat bas ekspres terbabit bagaimanapun telah diarahkan untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

"Mungkin susah sikit untuk meminta syarikat menggantung operasi (bas-bas) mereka berikutan musim cuti pada ketika ini dengan para penumpang telahpun membeli tiket-tiket mereka.

"Bagaimanapun saya telah pun bercakap dengan pemilik syarikat dan mengarahkan beliau supaya meningkatkan tahap keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatannya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Naimah berkata, insiden kemalangan maut membabitkan bas ekspres itu akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa tentang kemalangan maut yang melibatkan pelbagai agensi teknikal.

"Bas ekspres terbabit juga akan diminta menghantar laporan mereka (tentang kemalangan maut hari ini)," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: