Isnin, 21 Disember 2009

Panglima Yg Jaga Enjin Jet Tu Laa Yg jadi PAT sekarang nie...!!!

oleh AnakKedah

Alahai Malaysia....awat jadi kelam kelibut nie... kalau Pakatan Rakyat cara dia... Barisan nasional cara dia...entah laaa kalau macam nie punya kelaku pemimpin yg dok ada aku tak berapa harap nak bagi negara nie kat depa...kat BN dah terbukti lingkop.. kat PR tengok macam nak tak nak jaa....

Cuba hangpa pikiaq... bukan main besaq Enjin jet tuuu...boleh hilang....nie bukan main suruh budak kuli odar spare part kereta kat kedai hardware...dia pie bawak pelari duit beli barang 2nd..kalau mamat tu tak kesah la aku...nie bab odar high purcase...nak kena buat meeting beli apa..keluaq quation... mintak budget...sapa handle..kira rumit laa..sebab nak odar juta-juta nie...
Enjin disedari hilang kerana tidak sampai ke destinasi: Menteri "Siasatan mendapati bahawa sistem penghantaran yang digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) cukup baik, tetapi mungkin ia dilakukan oleh kumpulan bawahan, cukup terancang dengan (bantuan) pihak luar," katanya selepas majlis pelancaran kompeni askar wataniah Pulau Pinang dan Kedah Selatan di sini, hari ini. [Rujuk]
tapi itulah hebatnya Malaysia kalau sembang bab kertas kerja memang hebat tapi bila perlaksanaan macam nie laa habih lintang pungkang....kalau dah enjin pon boleh hilang apatah lagi dengan claim beli skru driver, claim beli komputer berpuloh kali ganda... kira semuanya lingkop laaa....yg syoknya kes nie dah lama dah...dan pada masa tu Panglima Angkatan Tentera Udara bolek relax dan cool jaaa...dan yg syok lagi Panglima tu laa yg jadi PANGLIMA ANGKATAN TENTERA sekarang nie... hebat hebat....

Kehilangan enjin F-5E tak jejaskan skuadron 12 Scorpion TUDM: Panglima Angkatan Tentera
KUALA LUMPUR: Skuadron 12 Scorpion di Butterworth yang menempatkan pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), masih beroperasi seperti biasa meskipun dikaitkan dengan kehilangan satu daripada enjin pesawat jenis itu, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. [Rujuk]
Tuuu dia siap rasa tak bersalah lagi tuuu..entah laa tu la akukatakan merapu ja negara kita nie... entah laaa kalau hangpa masih dok berharap puak-puak puaka nie jaga negara hangpa bagi laa tapi aku dah tak berapa nak harap dah...kalau nak bagi lingkop hangpa bagi laa....manusia pertama nak dok di hadapan masa nak pertahankan negara last boleh tergadai enjin jet perang... tak tau laa nak kata apa dah.... masa tu PM thah dimana dah...TPM pon dah hilang mana dah... yg tinggal rasa2nya rakyat jelata laa kot....mintak2 bukan macam tu laa....alamatnya kalau betul mati katak laa rakyat Malaysia nie...

Jadi ada akal kita pakat-pakat lah fikirkan yg terbaik untuk negara...

1 ulasan:

Tan Loo Ley berkata...

Bila terbaca kehilangan enjin jet pejuan F5E tu..terkenang aku ceramah bang mat sabu ...dah lama dulu...masa mahathir perintah negara ni lagi...abg mat kata "kalau puak-puak umNO ni dibiarkan memerintah dengan lebih lama lagi, negara ini pun depa gadai...".

Betul sungguh kata bang mat...