Rabu, 19 Mei 2010

Alhamdulillah negara kita 'AMAN'


Malas nak berhujah..
hangpa baca sendiri la link-link kat bawah nie...


Rugi RM5,000 rumah disamun

KLANG: Seorang suri rumah kerugian hampir RM5,000 apabila rumahnya di Blok 6, Flet Seri Sementa, Jalan Kapar, dekat sini, dimasuki penyamun Ahad lalu.

Polis buru 4 penyamun tembak pekerja kedai getah

ALOR SETAR: Polis masih memburu empat penyamun yang menembak seorang pekerja kedai menjual getah beku sehingga parah di perut dalam kejadian samun di kedainya di Kampung Sungai Senam, Sik, kelmarin.

Gigolo penyamun

KUALA LUMPUR: Kemahiran memuaskan nafsu wanita gersang dijadikan modal seorang warga Pakistan untuk memperdaya mangsa sebelum merompak selepas melakukan hubungan seks.

Van putih rupanya milik pencuri

PETALING JAYA: Misteri van putih yang sering kelihatan diletakkan di satu sudut agak terlindung di tempat letak kereta di sebuah apartmen berhampiran Mutiara Damansara di sini, terjawab apabila ia digunakan dalam kegiatan mencuri aksesori kenderaan di kawasan itu.

Tak sedar ragut dekat balai polis

SUBANG JAYA: Bagaikan mengundang bala, seorang peragut tersilap langkah apabila berlagak berani cuba meragut beg tangan seorang wanita di hadapan dua anggota polis.

Berita Harian

4 naik bas dari Klang untuk merompak di Butterworth

NIBONG TEBAL: Empat warga Vietnam sanggup menaiki bas ekspres dari Klang, Selangor ke Butterworth, sebelum menaiki bas henti-henti ke pekan ini untuk melakukan jenayah

Dua diburu dipercayai rogol gadis terencat akal

BETONG: Seorang gadis terencat akal berusia 15 tahun, di Kampung Spaoh di sini, disahkan mengandung hampir empat bulan, selepas dipercayai rogol dua lelaki di kampung itu, beberapa bulan lalu.

25 pelajar gaduh di sekolah ditahan

KOTA TINGGI: Polis menahan 25 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana, Bukit Seri Lalang, dekat sini kerana terbabit dalam pergaduhan ketika sambutan hari guru di sekolah itu kelmarin, sehingga empat daripada mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Kota Tinggi (HKT)

Along gantung coli, seluar dalam isteri

KUALA LUMPUR: Along kini bertindak ganas mensasarkan isteri kepada peminjam yang gagal membayar balik pinjaman, dengan memecah masuk rumah dan menggantung coli serta seluar wanita itu sebagai amaran bagi menakutkan mangsa

Suami isteri kena belasah 5 penyamun

KUANTAN: Sepasang suami isteri ditendang dan diketuk dengan alat pemotong besi oleh lima lelaki dipercayai warga asing yang memecah masuk rumah mereka di Felda Kota Gelanggi Tiga, di Jerantut, awal pagi kelmarin.

Ini kat UTUSAN...

MELAKA 18 Mei - Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 18 Mei - Demi mencapai impian menjadi 'saudagar segera', tiga pemuda rakyat Malaysia merantau jauh untuk menguruskan ladang ganja yang diusahakan sebuah kumpulan kongsi gelap di Newcastle, Britain.

KUALA LUMPUR 18 Mei - Remaja perempuan yang sebelum ini dikatakan melarikan diri dari rumah keluarganya di Semporna, Sabah sejak 15 April lalu, dikhabarkan masih berada di daerah itu.


NIBONG TEBAL 18 Mei - Polis membongkar sindiket pengedaran dadah terbesar di daerah ini selepas menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin di Taman Tambun Emas, Simpang Ampat di sini baru-baru ini.

RASAH 18 Mei - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) perlu mempertingkatkan penguatkuasaan dan melipatgandakan usaha menangani masalah penyeludupan rokok haram di negara ini yang semakin membimbangkan.

KUALA LUMPUR 18 Mei - Seorang jurutera adalah antara tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat tuntutan palsu bernilai RM2 juta melibatkan projek-projek di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).

NIBONG TEBAL 18 Mei - Sekumpulan empat lelaki warga Vietnam sanggup berkelana sejauh 400 kilometer dari Selangor ke Pulau Pinang semata-mata untuk melakukan jenayah pecah rumah di daerah ini.

Tiada ulasan: