Jumaat, 21 Mei 2010

Menyanggah penulisan "LENSA RAKYAT'' di UTUSAN

oleh anakKedah007 [warna merah komen aku]

Kedah sudah tiada wangkah?

SAYA terpanggil untuk sama-sama berfikir supaya memperbetulkan mana silapnya dengan apa yang berlaku di Kedah sekarang.

Sebagai permulaannya kita lihat hutan simpan khazanah kita kini dicerobohi pembalak haram contohnya di Hutan Simpan Pedu, siapakah dalangnya?

Bukankah kuasa tanah dan balak oleh Menteri Besar? Banyak hutan simpan yang telah diteroka sehingga jelas dan ketara sangat begitu lahapnya. Apakah kerajaan negeri kini ketandusan sumber kewangan untuk mentadbir negeri?

Mana bukti kata Hutan Simpan tersebut sudah diceroboh..jangan main tulis ja bro..kalau lu ada bukti pergi buat report kat JABATAN HUTAN dan SPRM tak payah dok tulis fitnah kosong bagi satu Malaysia baca..tak pasal2 boleh dosa kering.

Kita lihat pula tanah milik kerajaan diceroboh sehingga licin di Felcra Malau ternyata kuasa kerajaan negeri lagi besar untuk meneroka hasil hutan ini.

betul ka Felcra malau tanah dia diteroka...mana laporan dan siasatan akan hal ini..jangan risau jika betul dah licin UMNO Kedah tak akan duduk saja punya mesti mereka akan ganyang cukup2 punya akan isu ini...

Masih belum cukup lagi peruntukan yang diberi kerajaan Pusat untuk membiayai dan menguruskan Negeri Kedah ini dalam berbagai aspek?

K'jaan Pusat bagi peruntukan apa bro..yg bagi wajib pon lembab nak bagi tulis macam bergunung k'jaan pusat bagi..melambatkan ada la lagi..

Kita lihat lagi contoh akhbar Edisi Utara (Sinar) pada 15 Mei 2010 di mana aduan oleh MKK Kampung Tok Keling mendedahkan kerosakan jalan yang amat ketara sekali disebabkan oleh lori-lori yang membawa muatan berlebihan.

Persoalannya tidakkah perkara ini ibarat meludah ke langit? Kerana kerosakan jalan ini disebabkan sikap sambil lewa MKK kampung yang sepatutnya mengatasi masalah ini terlebih awal sebelum keadaan jalan semakin teruk.

Apa hubung kait MKK dengan jalan raya nie bro..takan MKK tu nak buat sekatan Jalan Raya pulak tak bagi lori2 tersebut lalu di atas jalan raya tu.. Punca jalan itu rosak adalah disebabkan muatan lori dan juga spec jalan tu tak ikut syarat.. Muatan lori berat lalu jalan kampung dan jalan pula buat ala kadar dengan turap tar macam bancuh tepung dodol jaa...

Apabila jalan semakin teruk di manakah peruntukan oleh kerajaan pusat contohnya sebanyak RM7 juta untuk kos kerosakan jalan raya ini pergi?

kamu ingat banyak ka RM7juta tu bro...kalau RM7juta tu just pegi sumbat di Jalan Tok Keling tu saja OK laa nie satu Kedah nak kena selenggara...dah la jalan raya satu Kedah Sana sini dah berlubang..apa boleh buat dgn RM7juta tuu...tampung sana sikit tampung sini sikit dah habis dah...

Di masa jalan itu rosak, markas Pas serta sekolah agama rakyat Pas pula berdiri megah di kampung ini?

Ini sebenarnya kamu nak sampaikan dalam artikal kamu nie bro..nak buat fitnah kata duit RM7juta tu PAS ambik buat Markaz dan Sekolah Agama Rakyat..deyyyy mangkok sebusuk2 manusia atas Muka Bumi Nie setakat ini UMNO ja yang terbukti sekat Duit Untuk Sekolah Agama dan guna duit rakyat nak buat Balai Raya depa.. kamu jangan dok buat Fitnah disini nanti tak pasal-pasal kena menjawab depan ALLAH nanti pasal fitnah ini...rentikanlahh nak tunjuk habat pon bukan fitnah sebegini...

Sekarang Pas sendiri yang memerintah negeri Kedah jadi kepada siapa kita nak persoalkan di mana peruntukan untuk rakyat telah hilang?

kamu ingat perintah negeri nie macam jaga tabung anak kaa..tabung anak kamu boleh laa tak ada duit boleh kamu rembat sat duit tabung anak tuu...perintah negeri ada JABATAN AUDIT dia...dan AUDIT nie bukan Kerajaan Negeri punya tetapi Pusat yang hantar... Kalau Azizan dan sebat RM7juta tu spt apa yg kamu kata sudah tentu tak cukup tanah nak menjawab dgn Jabatan Audit...itu la nak tulis ILMU Kurang didada...

Pihak JKR hanya mampu memasang papan tanda amaran kerosakan jalan sahaja disebabkan tiada bajet untuk memperbaiki jalan.

Sebagai warga yang berfikiran waras, adakan kita masih belum sedar lagi kebodohan kita dan masih menunggu janji-janji kosong yang tidak langsung seperti yang dijanjikan semasa ingin memenangi pilihan raya lalu.

Pada aku siapa yg waras siapa yg bodoh skrg..yg nyata kamu sebnarnya yg tak waras dan bodoh disini..jika dilihat dalam zaman k'jaan negeri sekarang nielah banyak Jalan raya kat Kedah nie di perbaiki dan diturap..jika zaman dulu boleh dikatakan 5 tahun sekali ja datang untuk tar kan semula... tak percaya aku boleh listkan jalan2 aku dok lalu disini hari2.. so far jalan Tok Keling tu pon dah di tar nya..masalah jalan tersebut ialah ianya digunakan oleh lori2 besar yg muatannya berat jadi mana tahan hari2 lalu mau jahanam la jalan tersebut...

Adakah sikap kita yang terlalu ego dan angkuh menyebabkan kita masih berpegang janji yang ditaburkan sedangkan parti Islam sepatutnya tidak berjanji kosong kerana jelas hukumnya adalah munafik.

sudah la bro..kalau dasar dengki tu tetap dengki laa...katakan saja lu dengki dengan kerajaan yg ada sekarang habis cerita...selama ini patut laa parti melayu tu boleh buat macam2..songlap sana songlap sini sebab depa parti Melayu tak terikat dengan Islam...dan bila songlap mana ada hukum semua tuu...harta kamu harta ku harta aku harta aku laa....

LENSA RAKYAT KEDAH

Kg. Tok Keling, Alor Setar

Tiada ulasan: