Khamis, 28 Oktober 2010

Adakah Team Kedah Akan Jadik Caca Merba Tahun Hadapan...

Assalamuallaikum,

hari nie aku nak gebang bab BOLA tak kelapaq nak hujah bab POLITIK buat sementara waktu kerana aku lihat dan dengaq ada satu TSUNAMI sedang melanda dalam kem KEDAH sekarang ini iaitu selepas daripada perlawanan separuh akhir tempohari. Macam-macam cerita disengaq dan macam-macam hal di gossipkan.... dan ada yg dengaq tu boleh timboi menanah dalam hati nie bila dengaq semua dok sembang....

Entah laaa jika betoi TSUNAMI tersebut melanda...nampaknya TEAM KEDAH 2011 akan diwakili oleh budak-budak piala presiden dan player-player baru yg dapat dibeli dari negeri lain.... TSUNAMI ini melanda dikatakan ada yg pihak pengurusan tendang keluaq dan ada yg buat keputusan nak berhijrah...

JIKA perkara ini berlaku bolehlah dikatakan ada yg tak kena dalam KEM KEDAH... Tak Kena pada PENGURUS diakah... tak kena pada PENTADBIRAN KFA kah....Tak kena pada JURULATIH diakah.. atau tak kena pada PLAYER diakah.... semua ini ada jawapan dia oleh aku.. dan jawapan nie betoi ka salah kaa nama pon gosip..kalau kedebuk kena kat atas kepala hangpa semua nasib laaa dan kalau apa aku katakan nanti salah aku mintak ampun laa... aku bukan apa aku cuma nak tengok yg terbaik dalam TEAM KEDAH 2011 nanti.....

First mai bab PENGURUS... aku rasa dia nie bukan tak baguih jadik pengurus tapi sifat dan ketidak senyuman serta tidak banyak bersama pemain itu yg jadi dia renggang dengan pemain... so far pemain tak kesah semua tuu tapi kita sebagai bapak kena jugak berada bersama anak2 jangan lepas kat mak sahaja... peranan bapak ini penting sebab ia merupakan semangat aura jantan dengan jantan...dimana jika bapak mai bagi bagi perangsang dan tengok anak2 main bola setiap kali latihan dan game..ini yg akan buat anak naik semangat...jika sekadar nak lepas kewajipan makan minum dan kewangan boyfriend mak pon boleh berikan semua tuuu.... Jadi disini PENGURUS nie kena main peranan betoi-betoi dan jangan suka menghukum anak2...sbb hg nie cuma bapak tiri sahaja dan anak2 boleh bandingkan anda dengan Bapak yg lama iaitu OTHMAN AZIZ.. dimana beliau ada sentuhan keajaipan dia sendiri dengan player2 nie... itu kita tidak nafikan...jadi cubalah jadik PENGURUS yg baik walaupun tak terbaik.... dan kalau nak best KFA ambik yg FULL TIME dengan TEAM... biaq dia URUS betoi2 budak2 nie.....

mai bab PENTADBIRAN KFA..di harap MB dan dr Hamdan kena tegas sikit laa jangan asyik dok tanya orang jaa bila nak buat keputusan.. kekadang tuuu... bila dok tanya org kerap sangat kira kita tak ada self confidend jaa bila di tengoknya... jadi sila pantas dan tegas sikit... bila tengok PENGURUS tak sama TEAM tu cuba tanya mana hang pie... dan bila ada game drop tu tanya JURULATIH pasai paa..hangpa nie reti melatih ka tak.. tanya player hangpa serasi tak... jika semua dah kata tak best PECAT shj jurulatih tuuu dok simpan buat apa.. KEPUTUSAN ada kat hangpa....

mai bab JURULATIH pun satu yg penting kena tengok.. JIKA tektik pon entah apa2 dan semua org asyik dok komen jaa tektik dia dok buat seperti mana AHMAD YUSUF tuu dok simpan buat apa lagi...pie cari yg baru laaa....Masalah skrg kita nak JURULATIH yg boleh berkomunikasi dgn baik antara PLAYER & PEN. JURULATIH.. dimana mana arahan yg dibuat semua boleh follow... jika arahan tu entah apa2..maka caca merba lah jadinya.... bab nie kena rasanya Hj Radzi mat Din ada sentuhan dia tapi sayang dia tak ada Lesen A jadi inlah pentingnya Kesefahaman antara Jurulatih & penolong dia.. disini rekod dia Radhi kira dah masak dah dengan player2 yg dok ada jadi AHMAD YUSUF tu jangan laa dok buat bodoh sombong nak pakai idea hang saja... punca yg dapat dilihat ialah disini dak ada ngan hoo dia....

mai bab player plak depa nie berhijrah ramai2 nie tentu ada tak kena....berkemungkinan dah ada ketidakpuasan hati kepada sesetengah pihak... disini pentingnya orang tua ambik peranan dimana MB kena dengaq apa masalah depa sebenaqnya...jangan main pakai lepas ja kalau depa nak angkat kaki.... cuba bawak berbincang elok-elok apa masalah depa... jika biaqkan pengurus dan jurulatih tak kesudahannya masalah ini... last pakat-pakat angkat kaki maka caca merbalah jadinya team kita nanti......

Oleh itu KEPADA PIHAK YG TERLIBAT hangpa kena tolong tengok sat apa yg terjadi.. jangan bagi TSUNAMI ini betoi2 melanda TEAM KEDAH kita... sayang rasanya jika kita ambik PLAYER luaq mai dan Anak-Anak Jati dah tak ada.... JANGAN JADIKAN kami penonton diluaq ini menjadi mangsa atas masalah yg melanda....

BIAQ JASA JADI KENANGAN
HIJAU KUNING LAMBANG KEMEGAHAN....

1 ulasan:

al amin ahmad berkata...

saya tumpang sokong pendapat anda..saya sendiri tumpang takut pasukan kesayangan kita tenggelam angkara ketidakcekapan mereka..
jawapan atau arahan yg diberikan oleh mereka banyak kita sebagai penyokong jadi tak puas hati..tapi dengaqkah MB dengan Hamdan dekat suara penyokong? tengok cam serabut milo ja...
terus terang saya takut kehilangan pasukan kesayangan kita..bukan takut tak leh main bola..takut pupus ja...
tetambah keputusan menggugurkan 9 org pemain kedah tu..memang saya terkejut 3-4 player yg digugurkan itu adalah pemain paling berharga..
sedih...xmacam zaman Arwah Dato ahmad basri..suara penyokong sentiasa diutamakan..
apa nak jadi?