Selasa, 26 Oktober 2010

Jalan Raya Low Kualiti sebab Kontraktor & Enggineer makan besaq..!!

Alaaa tak yah dok buat bising2 laa nie semua cerita katon jaaa...punca utama dia kontraktor nak makan besaq saja...cerita tak ada...kalau buat betoi2 jalan raya nie sebusuk2nya jalan tersebut akan boleh dipakai sampai 5tahun lebih...tapi jika dibuat betoi2 laa ikut spec yg sebanarnya dikeluarkan oleh JKR... tapi hakikatnya siapa sanggup tunggu sampai 10tahun.... tutup kedai laa kontraktor yg dok buat jalan nie....

Sekarang jika nak pastikan betul2 jalan raya tu betul2 ikut spec....buka balik procedure cara-cara nak buat jalan raya dan suruh ENGGINEER yg incharge tuuu follow the procedure tu betul dan tak ada inci atau hun kepada kontractor tuuu...suruh ikut procedure....kompom jalan raya tersebut akan elok....

Jika JALAN tu ROSAK awal sangat plz check ENGGINEAR & KONTARKTOR tersebut....

Beri perhatian kualiti jalan raya


keadaan jalan yang biasa dilihat sekitar Kuala Lumpur, berlopak dan tidak rata bakal mengundang kemalangan.


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pelbagai persatuan pengguna hari ini mendesak pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap kualiti jalan raya khususnya masalah berlubang dan turapan semula yang tidak rata.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, agensi berkenaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan kualiti turapan jalan memenuhi piawaian ditetapkan dan bukannya sekadar melepas batuk di tangga.

Katanya, hanya syarikat yang bertauliah patut diberikan tender untuk melakukan kerja-kerja berkenaan.

"Pengawasan terhadap kerja-kerja itu perlu dilakukan bagi mengelak ia dilakukan secara sambil lewa sahaja.

"Saya percaya, jika kesemua perkara ini dititikberatkan, kita mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah menyiarkan laporan mengenai masalah jalan raya yang tidak rata, berlubang dan berlopak serta sering mengundang masalah kepada para pengguna kenderaan di negara ini terutamanya di sekitar ibu kota.

Walaupun ada jalan yang telah diturap, tetapi turapan itu tidak tahan lama dan kembali berlubang terutamanya selepas hujan lebat.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George yang sependapat dengan Marimuthu menggesa satu pasukan pemantau khas ditubuhkan bagi memastikan turapan jalan raya di negara ini sentiasa berkualiti.

"Isu jalan tidak rata dan berlubang sering dibangkitkan sebelum ini sehingga pernah dibawa ke Parlimen.

"Persatuan-persatuan pengguna termasuk CASSA juga telah menghantar banyak memorandum kepada pihak berkenaan tetapi penyelesaian yang diambil belum mampu memuaskan hati semua pihak terutamanya pengguna jalan raya," katanya.

Pada masa sama, beliau khuatir wujud amalan rasuah atau salah guna kuasa di kalangan pihak tertentu yang berkepentingan sehingga menyebabkan kerja-kerja seperti penurapan jalan tidak dapat dilakukan dengan baik.

"Saya ada menerima laporan bahawa apabila satu-satu tender diberikan untuk kerja penurapan jalan dilakukan, ada pihak yang 'menjual' tender berkenaan kepada pihak lain.

"Sehubungan itu, saya berharap agar satu pemantauan yang rapi dilakukan bagi mengelakkan isu ini berlarutan," katanya.

2 ulasan:

otaklunyai berkata...

awatnya... baru tau ka... atau hang mimpi mengigau 53 tahun baru sedaq..

kalau dah nama melayu ni, kalau tak kena tipu tak sah... lapaih kena tipu kena tipu, lepaih kena tipu kena tipu, lepaih kena tipu kena tipu lagi tak habih2.

betoi punya mangkaq, ni serupa melayu hak pi haji bepuloh2 kali tapi dok pi sokong parti sesat lagi menyesatkan...

nak kena pi haji lagi kot baru dapat hidayah... tak tau la melayu... melayu

Drebar Lori berkata...

Biasa lah..kontrak- kontrak di Malaysia ni semua harga puluh- puluh juta...ratus- ratus juta tapi kos untuk buat kerja tu cuma setengah dari harga kontrak tu saja. Yang setengah lagi tu depa pakat bahagi sama2 depa laa...amik comission sorang sikit..
So macammana kerja nak ada kualiti.Kalau duit yang tinggal utk buat kerja pun dah tinggai sikit,kena lah pandai curi2 kuantiti bahan tu.. Umpamanya kalu buat jalan bahagian tengah tu saja kasi tebal ikut specs bahagian tepi tu buat tak ikut specs laa,letak batu dan tar nipis2 saja laa..
Kalu buat bangunan sepatut guna konkrit dengan campuran 10 beg simen,boh 2 beg cukup laa..
Cat pon sepatutnya jenama ICI weather shield,tukar guna cap katak atau cap keris dah laa..Susah apa sangat nak menipu...beli la cat ICI 5 tin...yang 100 tin lagi beli la cap katak...habis guna yang Cap ICI nii..tuangkan cat cap katak ni ke dalam tin ICI...ha'aaa...nmpak la seropa guna ICI jugak...tak smpai 5 tahun melepuh habih cat tuu...kontraktor nanti kata laa...saya dah guna cat ICI dulu..ni tinnya pon saya simpan lagi..
Lagi pon yg. kontraktor ni pon kroni2 depa jugak, sebelum dapat projek pun dia dah lobby abih smua pengarah jabatan kerajaan yg terlibat tu...kdng2 smpai menteri pon dia dah lobby...
Bawa p main Golf...touring punya minggu ni main kat Medan, next week main kat Phuket...next week lagi main kat mana2 lah. So, macammana kerja kat tapak bina nak dapat kualiti.