oleh AnakKedah007
Sajer jee bangkit semula ISU CELUP JARI nie..bukan apa aku tengok PIMPINAN PAKATAN RAKYAT macam dah lupa sahaja akan isu nie....
Luahan Sahabat di FB...
Umnodokpakka Gawa Adakah pemimpin Pakatan Rakyat sudah terlalu yakin akan menang dalam pilihanraya nanti. Jangan 'terlalu yakin' dahulu. Bukan senang mereka ingin membiarkan jenayah puluhan tahun dibongkar setelah PR berkuasa. Mereka tak mampu menanggung kes...annya. Bayangkan semua harta dibekukan, segala skandal dibicarakan, ada yang akan diulangbicara dan bermacam-macam lagi dan akhirnya sudah pasti akan membawa mereka merengkok ke dalam penjara. Kalau yang penakut akan membawa diri dan keluarga lari ke luar negara.
Jadi tidak semudah itu mereka ingin menyerah kalah. Oleh itu wahai pemimpin Pakatan Rakyat.. tolonglah berusaha bersungguh-sungguh perjuangkan hal ini. Aku tak minta apa-apa bayaran pun selama ini dengan membuat poster-poster ini, hanya ini sahaja salah satu jalan yang selamat kalau kita nak menang dengan tulin walaupun mereka ada satu lagi talian hayat iaitu undi pos.
Kau orang buatlah macamana pun.. aku nak tengok jugak hal ini diperjuangkan HABIS-HABISAN! janji tau..?
Kedah Lanie bukan salah BN tapi salah pemimpin kita yg tak nak terus menekan atas isu ini..seperti senyap sunyi sahaja bila semua dah menang kerusi..depa lupa bahawa kerusi yg dipegang itu akan hilang dalam sekelip mata sahaja... dalam erti kata hangat2 taik ayam jaa depa nie...
Kelana Asmara Walau pun PR dah menang banyak kerusi dan beberapa negeri dapat di tawan tetapi perjuangan ini mesti di teruskan janganlah di senyap saja nanti SPR dan sengkatan dengannya lagi menikus dengan helah mereka.dari MalaysiaKini:
'Komplot' 3 Tan Sri batal dakwat kekal
Pembatalan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum lalu hasil "komplot" tiga badan utama negara untuk "menggagalkan usaha memastikan pilihanraya tidak dicemari penipuan", dakwa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih). Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. |
"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal. Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi susulan kenyataan beberapa tokoh ini sejak minggu lalu. Sabtu lepas, Abdul Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen pada 13 Februari, untuk menolak penggunaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengulas kenyataan SPR, bagaimanapun menafikan kabinet mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian. Tahun lalu, SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang hari pengundian atas alasan keselamatan.
Abdul Gani dan Musa turut hadir di sidang media SPR sewaktu mengumumkan pembatalan tersebut, pada 4 Mac lalu. Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis. Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar bagaimanapun memberitahu Dewan Rakyat minggu lepas bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin".
|
Bercakap di satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara. "Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand.
Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut. "(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Abdul Rashid. Turut hadir di balai polis, pengarah eksekutif Institut Integriti Pilihanraya Kebangsaan (NIEI) Amin Iskandar. Bersih dan NIEI dalam kenyataan bersama turut menyebut penglibatan perdana menteri dalam kontroversi ini. Menurut mereka, ketua polis mendakwa terdapat laporan polis dibuat di Kelantan, Kedah, Perlis di antara 16 hingga 21 Februari lalu.
Namun, tambah mereka, jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Syed Hamid ketika menjawab soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan mengesahkan "sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran." Membacakan kenyataan bersama itu, Faisal (foto atas, kanan) berkata, percanggahan dakwaan keempat-empat pihak ini menunjukkan bahawa "Abdul Rashid berada di bawah telunjuk ahli kabinet".
Sepatutnya SPR membentangkan pindaan kepada Parlimen bagi membolehkan pelaksanaannya mengikut undang-undang, tambahnya. "SPR hanya merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan kelulusan berikutan penggunaan dakwat kekal tanpa ada pindaan (akta) kepada Parlimen," tambahnya.
|
Bersih dan NIEI juga mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan serta-merta berdasarkan sikapnya yang didakwa "tidak profesional". Amin (foto, kiri sekali) pula berkata, alasan untuk membatalkan penggunaan dakwat "tidak masuk akal" kerana prosedur pembelian dakwat itu amat ketat. "Dakwat ini bukan boleh dibeli di kedai alat tulis. Kena ada surat, kena ada suruhanjaya. Bukan boleh senang-senang pergi beli," katanya. Mengulas tentang dakwaan terdapat pembelian dakwat ini dari negara jiran, Amin berkata: "Thailand sendiri mengimport dakwat kekal dari India."
Menurut pemantau pilihanraya itu lagi, India adalah pengeksport utama dakwat kekal untuk pilihanraya di rantau ini. "Dakwat (kekal) yang dikemukakan kepada pihak (majlis) mufti itu sendiri adalah dari India," katanya, yang turut memantau pilihanraya umum di Nepal baru-baru ini. Dalam aduan polisnya, Bersih melampirkan 12 keratan akhbar berhubung kontroversi ini, termasuk laporan Bernama, The Star dan Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan