GURU YAHAYA NAFI PEMUDA POS KEDAH HILANG TARING – berita hairan
Ketua POS Aloq Sitar, Datuk Syed Alif Ba Ta yang membidas sikap Pemuda POS terutama Exco yang dikatakan 'hilang taring' dalam memperjuangkan parti apabila diasak pembangkang.
GURU YAHAYA yang juga bukan Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau tidak pernah merajuk walaupun tidak diberikan jawatan dalam Kabinet kerana apa yang penting tugasnya memantapkan Pemuda POS
"Ada jawatan atau tidak yang penting adalah memantapkan Pemuda POS," katanya.
GURU YAHAYA berkata Pemuda POS tidak hilang taring seperti didakwa, sebaliknya masih lantang memperjuangkan parti dan mempertahankan POS daripada serangan pembangkang, kata Ketuanya, GURU YAHAYA.
Bagaimanapun, katanya, sejajar dengan model baru politik, pergerakan itu juga tidak mahu dilihat sekadar beretorik dan menjadi kumpulan pendesak, tetapi memfokus kepada pendekatan turun padang dan menyelesaikan masalah belia, termasuk pengangguran.
"Dulu kita (Pemuda POS) jadi benteng secara tradisional termasuk mendesak kerajaan dan membuat demonstrasi serta laporan polis (berhubung sesuatu isu), tetapi kini kita memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah orang muda.
"Kita akan jadi lebih lantang, tapi pada masa sama kita mahu dilihat melaksanakan apa yang dijanjikan," katanya.
ha ha ha..... siapa makan cabai dia yang kena minum ayaqnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan