Jumaat, 10 Oktober 2014

HOSPITAL PENDANG masih tidak dibina dalam bujet 2015..apa cerita nie MAN BEDUN..??

oleh anakkedah007


Nampaknya kempunan lagilah PENDUDUK PENDANG untuk dapat hospital... sudah berapa kali bertukar MP..dari PAS ke BN kemudian PAS sekarang BN semula namun hajat untuk dapat hospital kempunan sampai sekarang...

Walaupun hajat ini sudah dipersembahkan kepada TUANKU SULTAN dan sampai TUANKU MURKA sebab rakyat nya dipermainkan sebegitu sahaja oleh Kjaan BN...


ini jawapan zaman PAS jadi MP Pendang dahulu lagik...
Dewan Rakyat: Projek Hospital Pendang Hanya Tunggu Kelulusan EPU Untuk Diteruskan

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Projek pembinaan Hospital Pendang di Kedah yang tertangguh sejak tahun 2006 hanya menunggu kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri untuk diteruskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, projek hospital itu dengan kemudahan 76 katil, telah dipohon semula untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan sekiranya diluluskan projek ini akan dimulakan pada suku kedua tahun depan.
"Semasa kajian separuh penggal RMK-9 (Rancangan Malaysia Kesembilan), oleh kerana peruntukan kementerian telah dikurangkan, beberapa projek besar termasuk projek ini terpaksa ditangguhkan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Dr Mohd Hayati ingin tahu status pembinaan hospital tersebut seperti yang dijanjikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan Bajet 2006 dan punca kelewatan dan perancangan bagi tapak tanah tersebut.

Hospital Pendang telah diluluskan dalam RMK-9 untuk dibina di kawasan tanah seluas 16.8 hektar di mana pada awalnya projek ini telah ditender oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 2008.

Menjawab soalan tambahan Dr Mohd Hayati berhubung permohonan beberapa pihak untuk mengusahakan tanah tapak hospital tersebut dengan tanaman kontan dan mahu kawasan itu dibersihkan, Rosnah berkata permohonan itu tidak boleh dipenuhi kerana hak milik tanah telah ditukar kepada Kementerian Kesihatan.

"Permohonan itu tidak boleh diluluskan kerana tanah tersebut telah ditukar milik kepada Kementerian Kesihatan. Kementerian juga akan memantau supaya tanah tersebut tidak diceroboh di samping mengarahkan pejabat kesihatan daerah berdekatan untuk membersihkan kawasan tersebut," kata Rosnah.

-- BERNAMA


Tiada ulasan: