Rabu, 15 Oktober 2014

Manusia adalah gabungan Akal dan Hawa Nafsu

Mahmud Zaim Musa | dari fb

http://danyalmim.files.wordpress.com/2010/10/otak1.jpg
Hawa nafsu mempunyai kuasa yang sangat kuat dan berperanan secara aktif serta berkesan dalam kehidupan manusia tetapi kehendaknya untuk menyempurnakan, mematangkan dan menonjolkan peranan akal tidak pernah dirampas. Hal itu disebabkan oleh kerana manusia terdiri dari akal dan hawa nafsu.

Manusia selalu berada dalam keadaan tarik-menarik antaradua faktor ini. Turun naik keduanya memberikan kesan secara langsung pada manusia. Semuanya, sebenarnya bergantung kepada manusia itu sendin sejauh mana mereka dapat menggunakan atau tidak menggunakan akal dalam kehidupannya.

Manusia berbeza sekali dengan binatang. Binatang tidak mempunyai akal yang boleh menetapkan dunianya; langkah-langkahnya secara total dipandu oleh hawa nafsu. la sepenuhnya tunduk padanya dan sikapnya tertonjol melalui faktor hawa nafsu saja.

Saiyidina Ali KarramAllahuwajhah berkata: "Allah menganugerahkan akal yang tidak berunsur syahwat kepada malaikat, syahwat tanpa unsur akal pada binatang, dan keduanya akal dan syahwat kepada anak cucu Adam. Kerananya, siapa yang akalnya dapat mengalahkan syahwatnya, maka dia lebih baik daripada malaikat dan siapa yang syahwatnya mengalahkan akalnya, maka dia lebih buruk daripada binatang. "..

Jadi gunakan akal fikiran yang Allah SWT anugerahkan kepada kita untuk membuat sesuatu pertimbangan kebenaran dan janganlah menggunakan hawa nafsu demi untuk mempertahankan sesuatu yang tidak betul kerana kita terlalu menyukainya...

p/s : ini bukan anakkedah punya artikal tetapi sahabat taulan yang diambil dari fb dari hasil penulisan mereka....jadi pakat-pakat bacalah nooo....

Tiada ulasan: