Kepada AHLI ARLIMEN PAKATAN RAKYAT hangpa jangan dok jadi pelaq anak haram jadah... rakyat dalam kesempitan hangpa dok pulun nak penaik gaji hangpa...
Sekali lagi diulang jika hangpa setuju cadangan BN nak naik gaji hangpa memang BARUA... menteri dah kata gaji RM2500 pun dah cukup untuk rakyat malaysia hidup jika dibelanjakan dengan elok... Jadi hangpa pulangkanlah paku buah keras nie kepada mereka....
Gaji RM2,500 cukup jika diurus baikKUALA LUMPUR - Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.
Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka.
Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, isu gaji bergantung kepada individu dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar.
"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", katanya semasa dihubungi Bernama di sini.
Selain itu, beliau berkata, mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak seharusnya tergesa-gesa membeli kereta sedangkan kewangan masih belum kukuh.
"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya.
Tinjauan ke atas pencari kerja atas talian "Jobstreet" baru-baru ini mendapati mereka yang baru menerima ijazah berpendapat purata RM2,500 adalah tidak mencukupi dan 77 peratus daripada 2,062 responden menyatakan tidak berpeluang menabung selepas berbelanja untuk kepentingan asas.
Sementara 60 peratus responden menjangkakan gaji pekerjaan pertama sebanyak RM3,500, sebanyak 30 peratus menjangkakan RM6,500 manakala 66 peratus majikan memaklumkan kesediaan menawarkan gaji antara RM2,500-RM2,800 bergantung kepada kelayakan.
Mohd Adnan seterusnya menyanggah kenyataan gaji RM2,500 tidak mencukupi untuk menabung memandangkan petua kewangan menyatakan 'seseorang yang menyimpan 10 peratus daripada gaji setiap bulan menuju ke laluan yang tepat'.
"Petua itu macam mudah, tetapi memerlukan disiplin kuat dan disarankan disimpan secara terus, sama ada dalam amanah saham atau bank berbeza, kerana menjadi tabiat untuk kita mudah berbelanja, selagi ada 'balance' dalam bank", katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan