Ahad, 6 Disember 2009

Mana UMNO yg tak reti ISLAM takyah cakap..baik 'DIAM'


Alahai UMNO..dah tak ada isu dah ka nak bagi rakyat malaysia dengaq.. awat la bangang sangat otak hangpa nie.. berpolitik buat statement atas kapasiti parti itu pasai jadi macam nie..cuba kata bercakap atas kapasiti ilmu yg allah bagi...tentu tak akan bercakap macam nie... kalau dah betul taik lembu itu taik takyah laa nak berhujah nak katakan taik itu bubur lambok kg baru pulak...nak bagi rakyat telan sama dengan hangpa...

cuba hangpa tengok isu cina dok dalam majlis takbir raya nie.. awat la hangpa nie suka dedahkan yg hangpa nie ilmu agama islam cetek sangta sebelom nie pasai hujah tuhan samseng..diam cam tu jaa...mai isu syurga neraka pon diam camtu jugak... lepas tu hingaq lanie pasai doa...pon diam camtu jaa.... pada aku jika apa yg nik aziz danpas dok buat selama nie salah tak payah dok tunggu lama hangpa kerah jaa pihak agama pie tangkap puak2 PAS nie...hangpa ada POLIS ada PEGUAM..ada MAHKAMAH...jadi tangkap mana2 yg hangpa kata dok menyesatkan orang nie dan sumbat dalam lokap biaq dok kat sana dan tak laa dok tersebar amalan sesat yg hangpa dok canang selama nie...

masalah skrg hangpa cakap isu agama atas kepentingan politik hangpa itu pasai yg ISLAM dok jadi celaru nie...kalau dah tak reti tak payah cakap nanti semua orang pening.... ada paham ka UMNO oi...

STATEMENT POLITIK...

Wakil rakyat bukan Islam PKR takbir raya

IPOH 4 Dis. - Belum pun reda isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, kini wakil rakyat bukan Islam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mengaku beliau pernah bertakbir raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata, perbuatan tersebut dilakukan sehari sebelum Aidilfitri lalu.

''Memang saya pernah ikut bertakbir sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Tetapi saya tak pasti gambar itu ada dalam Youtube atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas rakaman video di laman Youtube yang menyiarkan dirinya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat bersama-sama sekumpulan lelaki Islam bertakbir raya dalam sebuah majlis hari raya di sebuah rumah.

Difahamkan, sebelum ini, ada individu tertentu menyebarkan gambar-gambar Ming Kai bertakbir dari rumah ke rumah di sekitar bandar raya ini semasa hari raya Aidilfitri lalu.

Terdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Mohd. Khusairi Abdul Talib ketika mendedahkan perkara itu menyifatkan ia sebagai tindakan memperalatkan Islam untuk meraih sokongan orang Melayu.

''Banyak tindakan pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR sebelum ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan melibatkan diri dalam aktiviti agama Islam.

''Terbaru, dalam video yang disebarkan di Youtube, ADUN Simpang Pulai memakai baju Melayu serta bersongkok turut bertakbir dalam satu majlis di sebuah rumah," katanya.

Menurut beliau, semakin ramai pemimpin bukan Islam berani mempermainkan Islam kerana tindakan mereka disokong rakan-rakan Islam pakatan pembangkang.

''Mereka tidak lagi menghormati sensitiviti umat Islam dan sanggup memperalatkan Islam kerana semakin terdesak untuk memenangi semula sokongan orang Melayu," katanya.

STATEMENT MUFTI

"Tak apa bukan Islam turut bertakbir" - Mufti Perak

PETALING JAYA: Tidak menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk sama-sama bertakbir raya selagi ia dilakukan bukan niat untuk menghina agama itu.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, orang bukan Islam juga boleh bertakbir namun ia hendahklah dilakukan atas alasan bukan untuk mempersendakan Islam.

"Tak salah, bukan menjadi satu kesalahan kalau mereka turut sama bertakbir, tapi haruslah bukan dengan niat nak main-main (mempersenda) Islam.

"Bertakbirlah kalau seseorang itu mahu, tapi tak dapat pahalalah macam kita orang Islam.

"Kita bertakbir menyebut nama Allah dan memuji-muji kekuasaan Allah," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai bahawa pernah bertakbir raya sehari sebelum Aidilfitri lalu seperti yang dilaporkan media hari ini.

Bukti perlakuan tersebut terdapat dalam rakaman video di laman Youtube yang menyiarkan dirinya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat bersama-sama sekumpulan lelaki Islam bertakbir raya dalam sebuah majlis hari raya di sebuah rumah.

Malah difahamkan juga, sebelum ini, ada individu tertentu menyebarkan gambar-gambar Ming Kai bertakbir dari rumah ke rumah di sekitar bandar raya Ipoh semasa hari raya Aidilfitri lalu.

Dalam pada itu, ditanya sama ada tindakan Ming Kai itu boleh disamakan dengan isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, Harussani berkata isu berkenaan tidak boleh disamakan.

"Tidak...tidak...tidak, tak boleh samakan dua isu ini. Bertakbir raya lain, baca ayat al-Quran pula lain.

"Orang bukan Islam guna ayat al-Quran untuk berceramah tak boleh sebab mereka sebut pun tak betul, mereka tak faham apa yang mereka cakapkan.

"Bila tak faham maknanya, macam mana pula nak kaitkan dengan isi kandungan ceramah mereka," katanya.


2 ulasan:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

Assalamualaikum.

Inilah sikap Khawarij. Mengambil kata-kata ulama apabila memihak kepadanya. Memaki hamun apabila tidak selaras dengan ideologinya.

PAS = KHAWARIJ.

anakkedah berkata...

looo aku ambik harusani laaa sebab dia yg hangpa sanjung kalau ambik nik aziz satgie hangpa kata cakap politik pulak....