oleh AnakKedah007
Nah ambik ko sekarang nie NAJIB dah suka lancar YAYASAN sana YAYASAN sini... UNTUK AGAMA dia lancar untuk ARTIS dia pun lancar.. Lantak pie la dia nak lancar YAYASAN apa pun itu hak dia... Al Maklumlah nyawa tengah dok ngap ngap nie..kena tunjuk baik la kepada semua golongan.... kepada ARTIS pun kena kepada ORANG AGAMA pun kena....
Saya nie cuma nak highlight satu jaa pasal penubuhan 2 yayasan ini iaitu YAYASAN ARTIS 1MALAYSIA dan YAYASAN PONDOK 1MALAYSIA.. hangpa tengok la kelaku huduh mereka terhadap intitusi Agama... sebelum nie dalam belanjawan negara sekupang pun tak bagi kepada Sek Agama Rakyat yang dikatakan tidak berdaftar dengan kerajaan Malaysia
Manakala sekarang hangpa tengok pula apa depa buat kepada YAYASAN PONDOK 1MALAYSIA... bagi RM100K untuk buat PERPUSTAKAAN sahaja selepas tu jika nak lagi kena mohon...
dari sini pun kita boleh lihat AGAMA dok tang mana dalam pentadbiran negara kita ini.. itu pun jangan dilaungkan sebagai PEJUANG AGAMA.... entah lah...anda fikirkanlah apa tujuan semua nie....
Seperti dok kata awal tadi dalam nyawa dok ngap ngap usia pemerintahan UMNO BN macam-macam mereka kena buat untuk dilihat mereka ini berjiawa PONDOK dan ARTIS....sedangkan sudah 55 tahun perintah betapa susahnya kehidupan warga pondok dan artis ini bertarung dan berjuang untuk memertabatkan intitusi mereka di muka bumi Malaysia. Untuk warga pondok mereka terpaksa bersaing dengan intitusi pelajaran disamping peruntukan yg tak diberi begitu juga dengan artis yang mana masa popular sahja dikenang tetapi bila zaman malap pakai dok terbuang macam tu sahaja...
Jadi fikirkanlah akan keikhlasan sesuatu perkara itu dilakukan... kan NAJIB pernah berkata....
YOU HELP ME I HELP U..!!!
Jadi pakat-pakat pikaiq lah noo....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan