Khamis, 29 November 2012

kepada ULAMA MUDA UMNO - Kalau takde ilmu walaupun ahli ILMU (Ulama' Muda UMNO) lebih baik diam...!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Inilah dia hujah ULAMAK MUDA UMNO yang memegang jawatan AHLI MAJLIS SYURA pulak tuu.. hangpa dengaq laa apa hujah beliau kami yang tak pandai AGAMA nie pun dengaq sakit hati sahaja ulasan sebegini... tetapi nak buat macamana GOLONGAN inilah yang di sanjung dalam UMNO untuk mempertahankan PARTI TUNGGUL tersebut...

Anda dengarlah dahulu apa yang dikatakan oleh beliau berkenaan rakyat Palestin..



Kesimpulan dari apa yang kami faham..

- Tiada jihad di Palestin
- Boikot barangan zinois satu tindakan bodoh
- Nabi hijrah ke Madinah sebab nak menyelamatkan nyawa baginda
- Tentera kita tak boleh kurang dari separuh jumlah tentera musuh, kalau kurang takde jihad.
- Mujahidin palestin kena keluar dari palestin untuk mengatur strategi melawan zionis.

-->cakap macam agen illuminati je. siapa punya perkataan? ni ustaz kat atas ni. cuba korang nilaikan apa yg dia kata : http://www.youtube.com/watch?v=-knHvwEFgyY&feature=plcp

Daripada kata-kata dia ni, aku boleh buat kesimpulan mcm ni. Maknanya skrg mujahidin palestin kena kuar dari palestin dan sewa hotel, duduk dlm tu jgn keluar2, kalau boleh beribadat je dan kuatkan aqidah je. dah kuat aqidah esok baru kuar lawan zionis.
Antara Fatwa Dikeluarkan:-

Kalau takde ilmu walaupun ahli ILMU (Ulama' Muda UMNO) lebih baik diam.

TIDA JIHAD di Palestin
- Minit 1:10, diulangi pada minit 5:28 dan 5:30

Syarat JIHAD di dalam Quran - Jumlah musuh tidak lebih DUA KALI GANDA tentera Islam
- Minit 1:34

Tindakan BOIKOT adalah satu KEBODOHAN
- Minit 8:18

Pandangan Kami:
Jika mengikut fatwa dia, maknanya para pejuang HAMAS yang terkorban di medan perang melawan Israel Zionis; seperti Sheikh Ahmad Yassin, Sheikh Abdul Aziz Rantisi, Sheikh Sa'id Siyam, dll - BUKAN SYAHID kerana TIADA JIHAD.

Malah pada minit 8:28, ayat Quran yang dibacakannya pun SALAH.

Katanya "syarat JIHAD di dalam Quran - Jumlah musuh tidak lebih DUA KALI GANDA tentera Islam" (rujuk miinit 1:34), tiada langsung ayat Quran atau Hadith diberikan sebagai sandaran dalil hujahnya.

Walhal di dalam sirah, dalam perang jihad fisabilillah pertama iaitu perang Badar menyaksikan jumlah tentera Islam hanya 313 berbanding musuh 1000 orang!

Kami mencadangkan agar RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN ISLAM mengambil tindakan membuat laporan polis untuk membantah kenyataan cabul ini yang menghina para pejuang Palestin!

Tiada ulasan: