Selasa, 6 November 2012

Bola Kedah - Presiden & AJK KFA buat kerja 'lembab'

Itu laa jika aku kata makngut satgie hangpa sumpah seranah aku sebab dok maki Presiden KFA... dah tau dah ada jemuan jemuan dok dalam KFA mcm mana KCS dok buat onak dalam pentadbiran negeri...

kena la cengei sikit....nie dak dok kira nak cengei dengan geng sendiri jaa mcm org kata PAK BERANI JERKAH ANAK TAPI ANAK ORANG CURI KONEN DIA PON SEPATAH TAK KATA PAA..!! .... cuba tgk statment dia waktu org tanya player nak belah...


Ada ka pie jawab mcm tuuu..sekurangnya mai aku nak habaq cara nak jawab...

"Kita akan tengok kontrak yg di tawarkan mcmana...jika perlu di naikkan nilainya sekadar mampu kita insya'allah kita akan usahakan sehingga beliau kekal dengan KEDAH"

macam nie pon tak reti nak pikiaq dah....nie baca apa pulak penyokong lain bebel kat hang...

KFA tidak agresif

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
5 November 2012

Aksi Khyril Muhymeen (kiri) ketika menentang Terengganu. FOTO: AHMAD ZAKI OSMAN

USAHA  Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang dikhabarkan turut mahu mendapatkan khidmat penyerang sensasi Hijau Kuning, Khyril Muhymeen pada musim depan jelas mendatangkan rasa gusar kepada penyokong setia pasukan itu.

Jika benar perkara itu berlaku, Kedah dijangka akan terus gerhana pada musim depan berikutan hanya pemain berusia 25 tahun tersebut menjadi sandaran besar pada musim ini untuk menjaring gol.

Pengerusi Kelab Penyokong Hijau Kuning Kedah (HKC), Syahar Saad berkata, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) seharusnya mempunyai cara bagaimana untuk memastikan semua pemain bintangnya terus kekal di bumi Alor Setar, namun tidak ada usaha agresif dipamerkan oleh persatuan tersebut sehingga kini.

Menurutnya, PBNJ ada hak untuk memancing mana-mana pemain yang akan tamat kontrak pada musim ini dengan menawarkan tawaran menarik.

"Jika benar PBNJ mahu mendapatkan khidmat Khyril sudah tentu penyokong Hijau Kuning tidak dapat menghalangnya daripada pergi, sepatutnya KFA yang perlu peka dengan perkara ini dari semasa ke semasa, tetapi nampaknya persatuan negeri sendiri dilihat sudah gagal berbuat demikian sejak awal lagi," katanya kepada Sinar Harian.

Syahar berkata, selain Khyril terdapat juga beberapa bintang yang dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan tersebut selepas mendapat tawaran menarik daripada persatuan dan kelab yang beraksi dalam Liga Super.

Kontrak Khyril bersama Kedah tamat musim ini dan ditawarkan kontrak untuk kekal bersama pasukan tersebut sehingga 2015 oleh KFA, namun dia akan memutuskan masa depannya selepas pulang dari tugas bersama skuad kebangsaan di Vietnam dan Thailand.

Sementara itu, sumber terdekat Khyril mendedahkan pemain yang kehilangan ibu tersayang kira-kira hampir tiga minggu lalu itu, sememangnya mahu terus kekal bersama Kedah namun usaha KFA yang disifatkan bagaikan 'low profile' membuatkannya terfikir mahu berhijrah.

Katanya, persiapan Kedah yang sehingga kini masih menyepi selain tiada usaha memancing nama-nama besar untuk diserapkan ke dalam pasukan tidak mendatangkan keyakinan kepada pemain bintang untuk kekal bersama skuad berkenaan pada musim depan.

"Sepatutnya KFA sendiri yang ghairah di dalam menyiapkan pasukan mantap untuk musim depan selepas terkandas ke Liga Perdana musim depan, tetapi nampak gayanya Kenari akan terus gerhana pada musim depan dan tidak mustahil bukan Khyril sahaja yang akan nekad untuk berhijrah, bahkan semua pemain akan berbuat demikian," ujarnya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/kfa-tidak-agresif-1.101155 (06/11/2012)


Tiada ulasan: