Seniman Nunui
Kalkulator Bodoh Rakyat Marhaen sebagai Penoreh Getah mengikut Situasi Semasa RM1.50/Kg Getah :
Seminggu Sekali Jual Getah 100kg (Kita cerita yang sendiri ok.xpayah la cerita yg pajak kebun). Ok. 100kg darab dengan RM1.50 adalah RM150.00. Seminggu RM150.00 dan Sebulan Adalah RM600.00.
Jumlah Tanggungan :
Isteri & Anak 2 orang (5 Tahun dan 8 Tahun)
Perkiraan Perbelanjaan :
Beras 10kg/1 Bulan = RM26.00
Barang Dapur (Kering) = RM150.00 (Sebulan)
Barang Basah = RM50.00 (Seminggu)
Belanja Sekolah Anak = RM30.00 (Sebulan)
Bil Api Air = RM100 (Sebulan)
Minyak Motor = RM2 (Sehari) [RM60 Sebulan]
Total = RM26.00 + RM150.00 + RM200.00 + RM30.00 + RM100.00 + RM60.00 = RM566.00.
RM600.00 - RM566.00 = RM34.00#
Dengan Balance RM34.00 tuh..............
kalau Motor Masih lagi bayar Hutang Kedai,
Kalau Tayar Motor Pecah,
Kalau Anak Demam,
Lampu Rumah Terbakaq,
Nak pi Korek kat Mana?
Jadi,Apa yang Anda Bangga dengan Ayat "Syukur Malaysia Masih Aman"??
Sebab Anda Tidak berada di tempat Mereka?
Sebab Anda Bukan Penoreh?
Sebab Anda Tak Pernah Susah?
Sebab Anda hanya fikir Bangsa dan Negara
Tapi Diri Sendiri Kena Perbodoh oleh Manusia yang Mencelakakan Bangsa Melayu sendiri?
Ayuh Penoreh...Ayuh Rakyat Marhaen.. Tunjukkan Kuasa Rakyat Marhaen Pada 7 November 2014 di Hadapan KLCC Seusai Solat Jumaat untuk Bangkit Menuntut Hak Rakyat yang telah Dirompak...
2 ulasan:
Baki 34.00 ada ka duit tambang nak pi kl buat demo.
itulah nama perjuangan...nak harap UMNO perjuangkan memang nak haram bejadah jaa laa jawabnya...
Catat Ulasan