Jumaat, 30 November 2012

Kelaku UMNO KEDAH - Dok dalam DUN semua lembek tengkok tak boleh panggung mai keluaq sembang macam jaguh..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com
 
Inilah perangai UMNO KEDAH... perangai BUSUK & HARAM JADAH... masa orang bagi peluang bertanya DALAM DEWAN dan orang buat PENJELASAN semua dah pakat ANGGUK tanda setuju... tapi bila keluaq DEWAN UNDANGAN NEGERI kepala pakat panggung balik...

Nak bongkar apa lagi... masa berhadapan dengan kerajaan negeri hangpa sampai lembek tengkok dibuatnya tak boleh nak kona dah sebab apa hangpa tanya depa jawab dan bagi sebab musababnya...

Habih mai tang mana yang hangpa dok canag di luaq kata gagal.... Kelaku jenis macam presiden dia jugak.. suka berkukuk sorang-sorang.. bila berdepan haram tak berani panggung kepala....

Umno Kedah bongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri

29 November 2012
KUALA LUMPUR - Umno Kedah akan membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri itu yang diterajui pakatan pembangkang bagi menyedarkan rakyat bahawa parti pembangkang gagal dalam melaksanakan tugas dan membuktikan hanya Barisan Nasional (BN) yang terbaik untuk mereka.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata kerajaan negeri itu yang ditunjangi Pas tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
 
Apa yang mereka buat hanyalah aktif memacak bendera dan berceramah mencaci dan mengajak rakyat membenci Umno dan BN, selain menyerang kepimpinan negara dan kerajaan sehingga mereka terlupa merekalah sepatutnya mengambil tugas membangunkan negeri, katanya.

" Ketika Kedah di bawah BN, apa yang dibuat semuanya tidak betul di mata mereka, tetapi apabila mereka membentuk kerajaan, mereka meneruskan usaha-usaha yang dibuat. Bagaimanapun kerana gaya pengurusan Pas dan pakatan pembangkang yang lemah, mereka berhadapan dengan bermacam-macam masalah," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, hari ini. [LAGI]

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku ni orang kedah buat bendang yang aku heran tempat aku tak dak apa pun yang kerajaan negeri buat tapi dah naik meluat dengan papan tanda , kain rentang penuh dengan muka selamba yang paling terok sekali ceramah tak henti2 penoh dengan pembohongan,fitnah,maki hamun. Aku harap Adun tempat aku beri peluang orang lain pula dah lamadah naik meluat tengok muka dia.

Tanpa Nama berkata...

aku juga anak kedah,,,,,hidup ini dah lama dah kat kedah ni dgan izin allah tak pernah dengar kalau tak bayar bil air[kena surat merah]perjabat air pusing ka kampong2 pakai speaker laungkan agar sesiapa yg tak lunaskan tunggakkan kami akan melakukan potongan,,,apa kah jadah nya bro,,,negeri kebajikan konom,,,kebajikan habok,,,buat lah apa pun ,,masa dah dekat dah ,,,,insyaallah tumbang lah demo pru13 ni,,,,amin

Tanpa Nama berkata...

Cuba2lah umno/umporno Kedah sedar diri sikit. Kat Kedah tu sapa yang jadi pembangkang?