Ahad, 28 Februari 2010

2013 Kerajaan Kedah akan jadi selop kera...

nie benda nie yg aku dok cerita suruh Pakatan Rakyat buat kat Kedah nie.. tapi nak buat camna semua dok syok dan berangan lagi dengan kuasa yg ada... deyyy hangpa perintah baguih terra mana pon tapi rakyat tak tau apa hangpa buat tak guna 2013 bungkuih beb kalau macam nie hangpa punya kelaku...system penyebaran maklumat hangpa berselerak...

aku bukan kebuluq sangat wifi free tuuu.. target utama bila dah ada wifi maka dah tentu kira celik IT di sesuatu Pusat Khidmat tu maka dari situ wujudkanlah blog..dan bila wujud blog dan ada wifi maka boleh la diupdate blog2 yg bersawang tak update tuuu... lepas tu buat la facebook ka twitter kaa... sebarkanlah aktiviti kawasan dalam facebook anak tempatan yg dok jauh dekat boleh jgk tau apa hangpa buat kat kawasan jadi tak laa sia-sia depa balik jauh undi hangpa... awat ingat yg dok pangkah hangpa tu dok kg semua kaa...

entahlaaa kalau macam nie punya kelaku hangpa tunggu laaa 2013 nanti makan kuah ja lah hangpa....

nie cuba hangpa tengok UMNO dok buat apa dengan cerita WIFI nie.....benda nie kita dah ada pon dari 1998 hingga 2008... tapi bila menang kita jadi selop kera.....

UMNO bahagian perlu portal, wi-fi

ALOR SETAR- Semua 15 bahagian UMNO Negeri Kedah diminta memiliki portal bahagian sebagai saluran menyalurkan maklumat kepada orang ramai terutama kepada generasi muda.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam keadaan Internet menguasai kehidupan masyarakat masa kini, semua pihak termasuk parti politik seperti UMNO perlu mengaplikasi teknologi maklumat sepenuhnya dalam berurusan dan mendekati khalayak, terutama generasi muda.

Menurutnya, dengan kewujudan portal parti setiap bahagian, generasi muda berpeluang mendapat maklumat yang lebih jelas dan ‘mesra’ dengan pemimpin dan ahli parti.

“Ia juga memberi peluang kepada mereka mendapat maklumat yang tepat supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah yang banyak terdapat dalam blog dan portal lain,” katanya.

Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, setakat ini, selain bahagian Alor Setar, bahagian lain yang telah mempunyai portal sendiri adalah Sik, Merbok, Jerai dan Langkawi sementara Bahagian Alor Setar adalah yang pertama di Kedah mewujudkan zon wi-fi percuma untuk kegunaan orang ramai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata berkata, pengalaman pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 lalu, membuktikan bahawa internet begitu kuat pengaruhnya terutama kepada generasi muda.

“Oleh kerana kurang pengalaman dalam politik serta ketiadaan pelbagai maklumat, generasi muda begitu mudah terpengaruh dengan cerita dalam Internet walaupun cerita itu tidak benar dan hanya berunsur pembohongan,” katanya.

Mengenai zon wifi pula, beliau berkata, setiap bahagian boleh mewujudkan ruang di pejabat bahagian masing-masing dengan menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan wifi.

“Daripada anak muda mengunjungi kafe siber, adalah lebih baik mereka datang ke bahagian UMNO yang menyediakan perkhidmatan wi-fi dan dapat melayari Internet dengan percuma dan selesa,” katanya.

Tiada ulasan: