Sabtu, 20 Februari 2010

UMNO dah habis idea nak serang Penang sampai isu masuk opis pon dijadikan ceritanya..!!

Oleh AnakKedah

Laaa dah tak ada modal dah ka UMNO Penang nie... inilah dikatakan meroyan namanya bila tak ada kuasa macam-macam merapu keluaqnya... sampai dalam kelambu pon nak dijadikan ceritanya... UMNO UMNO.....

Dah tembak bab maulidur Rasul tak berjaya.. tembak bab roboh gerai tak berjaya... tembak bab pinggir melayu pon tak berjaya last dah tak tau nak sembang bab apa dah sampai isu LGE tak bagi orang masuk ruang pejabat dia pon nak dijadikan isunya...

isu apanya pon aku tak tahu... lantak dia laa nak bagi masuk atau taknya... pada aku ruang pejabat KM tu ibarat bilik mak bapak kat rumah kita laa..ada ka kita bagi anak-anak masuk bilik kita sesuka hati dia....

entah laa kekadang tu rasa kesian jugak aku dengan UMNO nie... dah jadi macam budak-budak tadika ka pulak... alahai kesian....

Ruang pejabat KM P. Pinang dilarang masuk?


REEZAL Merican Naina Merican menunjukkan salinan memo yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan larangan memasuki ruang Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Komtar, semasa sidang media di Kepala Batas, semalam.

KEPALA BATAS 19 Feb. - Semakin lama memerintah, belang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin terserlah.

Terbaru, para pelawat dan pegawai kerajaan dilarang memasuki ruang pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang.

Arahan itu dikatakan terkandung dalam satu pekeliling yang bertarikh 28 Januari 2010 dan dikeluarkan atas arahan Guan Eng.

Sehubungan itu, mereka yang ingin berurusan dengan pegawai atau kakitangan pejabat itu hanya dibenarkan berjumpa di ruang lobi pejabat Ketua Menteri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, larangan itu membuktikan Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bersifat kepura-puraan, hipokrit dan sentiasa bersandiwara dengan rakyat.

"Saya merasakan tindakan ini juga menunjukkan bahawa beliau seorang yang bacul dan takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga menyukarkan urusan di pejabat Ketua Menteri.

"Pastinya ia tidak selari dengan slogan yang dilaungkan beliau yang menjalankan pemerintahan menurut prinsip CAT atau cekap, akauntabiliti dan telus itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Note: Admin mengalukan sumber berita semasa dari negeri KEDAH...

Tiada ulasan: