Ahad, 28 Februari 2010

Ketua Pemuda UMNO Kedah Tak Puas Hati Tindakan MB Negeri Sembilan...!!

Oleh AnakKedah007

kenapakah la UMNO Kedah ada ketua PEMUDA macam nie.. nie boleh dikatakan statement bingai je..macam orang tak reti nak berpolitik dan lulus tahap TADIKA UMNO jaa nie... takan bila ada rombakan KABINET kat PUTRAJAYA sana lalu kira menteri tu pon bingai laa tak boleh buat kerja bodoh tunggul... jadi patut laa selama nie seorang menteri tu pegang jawatan sampai REPUT dan BERAKAQ kaki sebab dia layak... layak apanya kalau org macam SAMY VELLU dan KAK FIDAH tuu dok bukan main lama paa jawatan menteri tuu.. Tujuan tukaq adalah nak mempelbagaikan idea.. cuba tengok cara menteri Kerja Raya dulu dan sekarang pada hemat saya sudah jauh bezanya.... itu tujuan tukaqnya....nie tak TUKAQ sikit terus hukum orang tak reti....

Kalau macam hang kata nie kira MB Negeri Sembilan pon sama la jugak macam Kedah... EXCO dia pon kira bingai laa sebab Mat Hassan nak rombak jugak EXCO dia.. Mat Hassan tu kan BN/UMNO... jadi kira hang kata nie serupa laa Kedah Dengan Negeri Sembilan.. Tak gitu..... tapi Mat Hassan kata lain pulak... eishhhh awat otak hangpa pikaiq tak selaras dgn 1Malaysia nie..

Apa laa tak reti bercakap baik diam lagi baguih org tengok hang...kusyuk dan tohmadinah... kalau bercakap macam nie la jadinya...



ALOR SETAR - Pergerakan Pemuda UMNO :Kedah menyifatkan tindakan merombak barisan Exco negeri seperti yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak secara tidak langsung menunjukkan adanya kepincangan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah. Ketuanya, Badrol Hisham Hashim berkata, rombakan yang dijangka dibuat dalam seminggu dua ini membuktikan terdapat beberapa anggota Exco sedia ada tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.
Exco Kerajaan Negeri Sembilan akan dirombak

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan akan merombak barisan Exco Kerajaan Negeri tidak lama lagi, selaras agenda untuk menambah lonjakan pres-tasi pentadbiran Kerajaan Negeri pada tahun ini.

Beliau berkata, rombakan itu juga berikutan tempoh pelantikan Exco sedia ada selama dua tahun tamat Mac ini dan lantikan semula perlu dibuat selepas itu. "Kita lantik (Exco) selama dua tahun sejak Mac 2008 dan saya akan buat pelantikan semula. Saya akan susun semula portfolio untuk memperlihatkan agenda lonjakan prestasi tahun ini," katanya.

Tiada ulasan: