Sabtu, 13 Februari 2010

Sorry 'Nobisa' Saya Bangkang Kata-Kata Anda...!!

AnakKedah007 said..

maaf tak setuju sebahagian pendapat anda...

penah ingatkah lagi apa motto BN/UMNO dulu...
letak la tunggoi kayu pon..janji lambang dacing
tu ada insya'allah org akan pangkahnya....

so far inilah yg berlaku pada PRU12 tempoh ari...
asalkan calon BN/UMNO maka kita tolak dan jgn pangkah....
itu yg sebenarnya berlaku...

cth lagi Calon Bebas Ibrahim Ali..
so far jika masih bertanding pakai lambang Payung spt prk dulu 3 penjuru tempohari...
kompom PRU12 dia tewas....tapi dia pakai lambang BULAN itu yg dia boleh menang selesa...

masalah calon tu mana kita tahu hati perut dia
macam suami isteri la... masa bercinta dan baru kawin
bukan main sayang tapi bila cerai berai
habis dalam spenda di ceritanya....

jadi inilah dinamakan saringan....
dan hikmah Allah tak bagi PRU12 Pembangkang menang...
mudah2an lepas nie kita akan ada betul2 pemimpin
yang berkualiti... tak kira Bn @ PR...

KELUAR PARTI, LETAK JAWATAN?

Apabila ada Ahli Parlimen atau ADUN yang keluar parti, adalah orang yang kata, "Letak jawatan!" Adakah kenyataan ini lahir dari kejahilan mengenai sistem politik dan proses pilihanraya itu sendiri? Atau, ia disebabkan terlalu emosional kerana kecewa dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen atau ADUN itu hilang keyakinan kepada sesebuah parti politik lalu memilih untuk keluar.

Dalam pilihanraya, pengundi memilih calon (bukannya parti politik) untuk mewakili mereka. Sebab itulah seseorang boleh bertanding dalam pilihanraya tanpa parti politik; iaitu bertanding sebagai calon Bebas. Ramai calon Bebas menang pilihanraya. Tak ada sokongan parti politik pun, rakyat memilih mereka.

Tiada ulasan: