Khamis, 25 Februari 2010

WIFI FREE - benda Kecik Tapi UMNO Buat Dulu....


nah baru ada akai... mana exco penerangan dan komunikasi...mana AJK Penerangan Parti... dok nganga jaa kaa...tak ada idea nak pikiaq nak buat apa dengan teknologi yg ada lanie...cuba hangpa tengok apa UMNO dah buat sekarang nie... benda mudah dan simple... budget tak sampai RM100 sbln... tapi nak buat camna akai letak kat lutut..last UMNO buat dulu.... tengok betapa GAH nya TAJUK terpanpang kat surat habaq.. UMNO TAWAR WIFI PERCUMA..

Tapi nak buat camna semua dah buntu tak terkeluaq akai dan idea nak buat benda mudah nie...mai aku nak bagi idea supaya terbuka sikit otak hangpa... lanie bab2 internate nie semua dah laju dah kalau masih baru nak kenai apa itu www, blog, facebook baik cepat2 la belajaq jika tak berkandaq kena maki dgn puak2 nie.... bab nak buat WIFI nie bukan susah pon setiap PKWR Parlimen dan ADUN boleh buat pon modai tak sampai seratus... apa kata wakil rakyat laboq sikit duit gaji yg beribu2 tu pie register pakage streamyx kat bawah nie ambik yg siap dgn modem lagi.....

bila dah register maka buatkan pelancaran PKWR Pakatan Rakyat sediakan INTERNATE WIFI PERCUMA... komputer bawak sendiri.. ala belambak org ada laptope @ notebook dah lanie nak nampak segak sikit pie beli la komputer pentium 3 yg harga RM299 tu 2 biji buat servis nie kat Pusat Khidmat... benda macam nie pon tak reti pikiaq kaaa...


UMNO Alor Setar tawar WiFi percuma

ALOR SETAR 24 Feb. - UMNO Bahagian Alor Setar menjadi bahagian pertama di negeri ini yang mewujudkan zon WiFi percuma untuk kegunaan orang ramai selain mempunyai portalnya sendiri.

Portal UMNO Alor Setar boleh dilayari di www.umnoalorsetar.org manakala WiFi percuma boleh digunakan sesiapa sahaja menerusi lima komputer yang disediakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata di sini.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, WiFi percuma dibuka selama 24 jam manakala penggunaan komputer pula bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 malam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata berkata, pelaksanaan zon WiFi tersebut berdasarkan pengalaman sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 yang menyaksikan pengaruh Internet begitu meluas.

Sehubungan itu, kata beliau, UMNO Alor Setar tidak mahu ketinggalan dan mewujudkan zon WiFi percuma, bukan sahaja untuk kegunaan ahli malah orang ramai di sekitar kawasan berkenaan.


Tiada ulasan: